MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

14 Jun 2012

PELUANG MENAMBAH AMAL JARIAH DI BULAN REJAB

Pusat Rawatan Islam Darussyifa'  Jasin telah dibuka sejak 2 bulan yang lepas dan ketika ini mereka yang mendapatkan rawatan di pusat ini semakin bertambah dari hari ke hari. Oleh kerana bilangan pesakit yang bertambah ramai dan tempat yang disediakan agak panas walaupun disediakan bebeapa buah kipas namun ianya tetap tidak merubah keadaan,maka pihak kami  telah memasang 2 set penghawa dingin dengan  2 kuasa kuda setiap satu dengan kos sebanyak RM4500.00.

Oleh kerana keadaan kewangan agak terhad dan kos dibayar secara ansuran,maka pihak kami dengan sukacita membuka peluang kepada orang ramai untuk sama-sama infakkan sebahagian daripada wang untuk   menyelesaikan pembayaran penghawa dingin tersebut.Alhamdulillah pesakit dan perawat yang berada di Darussyifa' Jasin merasa selesa dan tidak lagi panas seperti dulu.

Segala urusan sumbangan boleh diserahkan kepada Ustaz Zulkifli bin Ahmad iaitu bendahari Darussyifa Jasin di talian 012-9064614.


Terima kasih atas sumbangan anda,hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan