Keberkatan
Dan Kelebihan Berselawat
1. Para Malaikat
berjanji, sesiapa yang membaca selawat ke atas Nabi Muhammad
SAW setiap
hari sebanyak 10 kali:
hari sebanyak 10 kali:
1. Jibril akan
membimbing tangan bawa melintasi titian seperti kilat menyambar.
2. Mikail akan
memberi minum dari telaga Rasulullah SAW.
3. Israfil akan
sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepalanya sehingga Allah
mengampuni
orang itu.
orang itu.
4. Malaikat Izrail akan
mencabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti mencabut roh
nabi-nabi bila mati kelak.
.
.
2. Dalam
beberapa hadis, sabda Rasulullah SAW:
a. Sesiapa membaca
selawat untukku sekali saja dengan tulus ikhlas dari hatinya,
maka Allah akan
memberi 10 rahmat kepadanya serta diangkat ke 10 tingkat dan diampunkan 10 dosa.
memberi 10 rahmat kepadanya serta diangkat ke 10 tingkat dan diampunkan 10 dosa.
b. Sesiapa berselawat
11 kali setiap lepas solat fardu, segala dosa kecilnya diampuni Allah serta tenteram
hati dan jiwanya.
hati dan jiwanya.
c. Sesiapa membaca
selawat kepadaku 100 kali sehari, maka Allah akan menyampaikan100
hajatnya
iaitu 70 hajat akhirat dan 30 lagi hajat dunia.
iaitu 70 hajat akhirat dan 30 lagi hajat dunia.
d. Sesiapa berselawat
ke atasku pada Jumaat sebanyak 80 kali, diampunkan baginyadosa selama
80 tahun.
80 tahun.
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan terus kepada ku.”
.
.
3. Antara hadis-hadis lain
yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah
SAW ialah:
SAW ialah:
1. “Sesiapa yang berselawat
kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia
akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat
Tabrani).
.
2. “Sesiapa berselawat
kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan
Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat
kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)
.
3. “Sesiapa yang membaca
salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan
barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya
sebanyak seratus kali. Dan sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus
kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan
kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan
bersama orang-orang yang mati syahid.” [Riwayat At-tabrani].
.
4. Sesiapa berselawat
kepadaku di sisi kuburku, maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku
dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku
dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan
pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
.
5. “Sesungguhnya orang yang
dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat aku
berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan