MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

29 September 2012

Biodata Lengkap Tentang IBLIS - sebagai panduan semua


Nama sebenar : IZAZIL.
Nama glamour : IBLIS, hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Kawasan : Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha lansung untuk mengingati Allah
Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

24 September 2012

MERAWAT SANTAU

Pada hari ahad lepas,23.09.2012,kuliah pelajar Darussyifa' disolok Gaung ialah berkaitan dengan cara-cara merawat pesakit yang terkena santau.Kuliah tersebut di sampaikan oleh Ustaz Mokhtar.Ustaz seorang yang berpengetahuan luas berkaitan dengan santau.


Ustaz Sedang menyediakan peralatan
Ahli Darussyifa menjadi model pesakit
Ustaz menunjukkan kedudukan yang betul
Ustaz menunjukkan cara merawat pesakit


Kuliah hari tersebut diadakan secara teori dan praktikal.Banyak ilmu berkaitan santau dan cara-cara merawat santau dapat dipelajari oleh pelajar-pelajar.














18 September 2012

AZAN YANG MENGASYIKKAN



Akmal Maulana adalah seorang pelajar dari kota Kendari Sulawesi Tenggara Indonesia. Pernah belajar di Pesantren Riyadhatul Mujahidin Gontor 7 Sulawesi Tenggara. Masih banyak Adzannya yang belum bisa ter-upload. Semoga suara ini bisa menginspirasi jutaan umat islam di dunia.......

17 September 2012

MESYUARA AJK DARUSSYIFA' MELAKA

MAKLUMAN MESYUARAT PENYELARASAN

1. Konvokesyen kali ke 3
2. Persediaan mesyuara agung kali ke 3

Tarikh   :  19.09.2012 (Rabu)
Masa    :  9.30 malam
Tempat :  Madrasah Arrahmah,Solok Gaung Air Molek Melaka.

Semua AJK diminta hadir - kehadiran diwajibkan.

SUBHANALLAH, HIKMAH WUDUK DISEBALIK SAINS


Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai siku, dan sapulah kepalamu dan (basuhlah) kakimu sampai dengan mata kaki. QS.Al-Ma 'idah [5]: 6Sesungguhnya Allah tidak menerima solat di antara kamu apabila berhadas sampai kamu berwuduk lebih dahulu. (HR. At-Tirmizi)

Subhanallah, sungguh wuduk adalah ajaran syariat yang benar-benar mempunyai hikmah terhadap kesihatan, tahukah saudaraku, menurut Prof. Dr. Plinus (Bacteriolog), terdapat kuman penyakit yang jumlahnya mencapai lebih kurang 40 bilion (40 diikuti angka sifar sebanyak 9) pada air bekas cuci mulut bekas kumuran. seperti: baksil vibrio, spiril, coccus, dan diantaranya terdiri dari penyakit: diploccus, steptococcus, staphyo coccus, protozoa, spirochaeta, dan virus. dikatakan juga oleh beliau bahawa banyak penyakit yang boleh sampai selaput lendir hidung dan mulut, seperti: selsema atau selsema, Agina, Bronchitis, dypteria, tubercolose, tussisconsulviva, batuk rejang (pertussis), influenza, pneomonia (radang paru-paru), penyakit- penyakit, virus dan bakteria di atas dapat ditanggal dengan wuduk, Subhanallah, dengan wuduk kita berjaya menanggal ribuan bahkan jutaan penyakit.

Sesungguhnya Nabi Muhammad bersabda: "Sesungguhnya umatku akan muncul pada hari kiamat dengan wajah gemilang dan kedua anggota (tangan dan kaki) yang bercahaya disebabkan bekas wudhu '. Barangsiapa di antara kamu yang sanggup memanjangkan cahayanya, maka lakukanla. (HR. Muslim)

Dalam hadis dan Qur'an banyak ditekankan pentingnya wuduk, dan tahukah saudaraku, bahawa wuduk juga boleh menjadi terapi Kanser Kulit. telah banyak kajian tentang penyebab atau faktor kanser kulit, dan banyak kajian telah membuktikan salah satu faktornya adalah terlalu banyaknya kulit menyerap bahan kimia. Salah satu cara yang selamat untuk mencegah kanser kulit adalah dengan cara menghilangkan zat kimia pada kulit kita. Wuduk adalah jalan keluarnya, kerana pada ketika kita berwudhu ', kita mencuci kulit kita berulang-ulang. apalagi untuk seorang muslim, wudhu 'minimal 5 kali sehari masing-masing sebelum solat fardhu. Pembersihan pada saat kita berwuduk ini dapat meminimumkan bahan kimia yang terdapat pada kulit kita

13 September 2012

PROGRAM MEMAGAR DI MAAHAD TAHFIZ CENDERAH


Team Darussyifa Jasin telah menunaikan tanggungjawab memagar Maahd Tahfiz Cenderah Jasin Melaka pada malam tadi 12 September 2012. Program tersebut dijalankan setelah 16 orang pelajar di sekolah berkenaan patah sejak Januari 2012 yang lalu akibat gangguan.t 


09 September 2012

PINTU MASUK KE DALAM HATI ANAK ADAM ADA 3

Pintu masuk bagi syaitan ke dalam Hati anak Adam itu ada Tiga. 
Syaitan tidak akan masuk padamu melainkan dengan 3 pintu ini.
Sekiranya ketiga-tiga pintu ini ditutup,maka tiadalah bagi syaitan pintu untuk masuk padamu.

1. Pintu Syahwat (Nafsu). 
Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan mentarbiyah/mendidik nafsu.
Mendidik nafsu itu caranya adalah dengan mengingkari dan menyanggah kehendaknya.

2. Pintu Kelalaian (Ghaflah).
Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan Berzikir.
Barangsiapa yang Berzikir mengingati Allah dia akan sentiasa berada dalam benteng yang kukuh.

3. Pintu Kejahilan.
Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan Ilmu.

[Ini adalah petikan dari Pengajian Syarah Soheh Al-Bukhari oleh Fadhilatus Syaikh Yusri Rusydi As-Sayyid Jabr Al-Hasani.
Fadhilatus Syaikh menamakan nasihat ini dengan "Petikan dari Al-Yusriyat"]

ZIKIR ITU PENGUBAT HATI


SABDA Rasulullah SAW: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual termasuk akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, perbuatan, perilaku dan sikap seseorang dipengaruhi olehnya.

Sifat hati pula terbahagi empat iaitu kebuasan, kebinatangan, kesyaitanan dan ketuhanan. Tiga sifat pertama terbabit pula bukan mudah untuk dibuang, malah akibat daripada itu ramai umat Islam kecundang hingga akhirnya melakukan dosa besar.

Manakala sifat terakhir iaitu ketuhanan saja yang akhirnya mampu membawa kita ke jalan benar dan diredai Allah SWT, tetapi bukan mudah melakukannya kerana hanya yang benar-benar mahu berubah mampu melaksanakannya.

Secara umumnya, untuk membersihkan hati yang kotor, kita hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT.

Hati juga boleh diubati dengan mengamalkan beberapa perkara iaitu membaca al-Quran dan memahami serta mentadabbur maksudnya, meningkatkan amalan solat sunat pada waktu malam dan banyakkan menangis bertaubat kepada Allah SWT, berkawan dengan orang soleh juga alim ulama.

Selain itu, amalan lain ialah membiasakan diri dengan berpuasa sunat, kerap berzikir waktu siang atau malam serta sentiasa mengingati mati.

Penyakit paling berbahaya bagi hati ialah menyekutukan Allah SWT dengan yang lain, mendustakan kebenaran, hasad dengki terhadap sesama manusia, benci, dendam, bongkak, sombong, angkuh dan pelbagai lagi.

Lawan daripada menyucikan atau membersihkan hati ialah mengotorinya. Seseorang yang beriman hendaklah selalu mengutamakan kebersihan luaran juga dalaman diri kerana kekotoran akan membuka segala pintu kejahatan.

Contoh bukti kekotoran jiwa ialah perbuatan kaum Thamud yang tidak mengutamakan nilai-nilai budi dan kesopanan, meminum arak, malah melakukan zina secara terang-terangan.

Renungi firman Allah SWT dalam Surah al-A’raaf, ayat 179: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya ayat-ayat Allah.
“Dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya bukti keesaan Allah dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat, mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai.”