MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

23 November 2011

KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN!

Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya,"Mama, adik baru saja melukis memakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu, lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah. Dengan muka anaknya yang penuh dengan lipstik serta di baju dan tangan. Dengan sangat marah, ibunya mengamuk dan memukuli anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah berhasil melepaskan emosinya, ibu ini baru sedar kalau anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Ia pun menggoncang tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tetapi terlambat,..... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdetik.
Di saat itu, ibu melihat ke katil tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Mama, adik sangat mencintaimu".

TAMBAHKANLAH INI DI WALL (DINDING) ANDA UNTUK MENUNJUKKAN BAHWA ANDA MENENTANG KEKERASAN PADA KANAK-KANAK.

KULIAH JIN...

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api 
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . 

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, 
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin 
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi 
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). 
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang 
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi 
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau 
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. 
(terkena?? hahaha..) 

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, 
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur. 

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya 
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut 
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka 
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila 
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin 
!!!! (terkena lagi?? hahaha..) 

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau 
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi 
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman 
meninggal pun jin tidak perasan/tahu. 

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin 
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya 
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka 
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat. 

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya 
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. 
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah). 

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum 
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan 
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak 
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!! 

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak 
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah 
jumpa orang yang di rasuk. 

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat 
yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi 
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. 

21 November 2011

KITA BERSAHABAT MELALUI FACE BOOK

Assalamualaikum ,
Sahabat yang dikasihi. Mari kita jalinkan ukhuwah melalui facebook di samping mendapat maklumat terkini dari TEAM DARUSSYIFA JASIN.

TUAN GURU DATO DR HARON DIN NAFI PINDAHKAN JIN DENGAN BAS

Seringkali orang bertanya sama ada secara terus kepada Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din atau melalui anak murid beliau, Adakkah beliau pernah memindahkan jin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke suatu tempat lain dengan menggunakan bas? 

Cerita ini telah lama tersebar luar dan menjadi buah mulut orang ramai dan juga orang-orang kenamaan semenjak dahulu lagi. Cerita seumpama ini sebenarnya ini telah mengundang fitnah kepada Tuan Guru Dato’ Haron Din dan institusi Darussyifa' yang diasaskan oleh beliau.

Adalah DITEGASKAN di sini bahawa Tuan Guru Dato’ Haron Din tidak pernah melakukan kerja pemindahan jin seperti itu. 

Adalah DITEGASKAN juga bahawa cara dan kaedah pemindahan jin atau penangkapan jin TIDAK ADAdan BUKAN yang dipraktikkan oleh Tuan Guru dan Institusi Darussyifa’, baik di pusat atau mana-mana cawangannya. 

 Haruslah diingatkan bahawa kata-kata ulamak “Daging Para Ulamak itu Beracun”. Maksudnya orang yang memfitnah para ulamak dengan cerita bohong seperti memakan racun yang berbisa dan akan memusnahkan dirinya sendiri. Rasulullah bersabda, “Para ulamak itu adalah pewaris nabi-nabi”. Jadi dosa memfitnah para ulamak sepertilah dosa memfitnah para nabi. Diharapkan  dengan penafian ini akan menghentikan sebarang khabar berita palsu seumpama itu daripada terus menerus berleluasa dalam masyarakat.

Di sini direkodkan kenyataan beliau:
        “Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja macam itu.” - Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

Enam Sifat Perempuan Yang Tak boleh di Jadikan Isteri

Sepertimana sukarnya mencari permata di pelimbahan, begitu juga sukar mencari nilai seseorang untuk dijadikan suri dalam hidup.
Bagi sesetengah lelaki, mencari wanita untuk disayangi dan seterusnya menjadi teman sepanjang meniti kehidupan tidak semudah memilih atau menukar pakaian.
Menjalani hidup berdua, muafakat dalam segalanya, matlamat untuk hidup bahagia disusuli rasa kasih yang tiada taranya menjadi impian semua pasangan.
Jadi dibawah ini diperturunkan Enam Sifat Perempuan Yang Menjijikkan, dan Tak boleh di Jadikan Isteri:
1. Al-Anaanah:
Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi kenderaan tak cukup. Tak redha dengan pergorbanan dan peraturan yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja, tanpa mengira perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.
2. Al-Manaanah:
Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak memperlekehkan suami, tak kenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi bermacam-macam keperluan kepadanya.
3. Al-Hunaanah:
Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami / lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.
4. Al-Hudaaqah:
Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan pelbagai ancaman, ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti budak suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.
5. Al-Hulaaqah:
Sibuk bersolek atau tidur atau santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anakl.
6. As-Salaaqah:
Banyak bercakap. Siang malam, pagi petang asik menggosip. Apa saja yang suami lakukan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan sahaja bercakap di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, BBM dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

20 November 2011

BERSAMA TEAM DARUSSYIFA DI FACE BOOK

Anda boleh add kami di Facebook untuk sama-sama berkongsi maklumat berkaitan perubatan Islam Darussyifa.
Taipkan Darussyifa Jasin.

19 November 2011

BACAAN YASIN DAN ZIKIR DI RUMAH AHLI TEAM DARUSSYIFA JASIN

Perawat Team Darussyifa Jasin dijemput hadir ke rumah sahabat kita Ust Hazman di Taman Asia Selatan Air Merbau pada hari Ahad 20.11.2011 - maghrib bersama.

RAWATAN DI PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA SOLOK GAUNG

Esok perawat Darussyifa seperti biasa akan buat rawatan di Madrasah Arrahmah Solok Gaung. Perawat Darussyifa Team Jasin dimina hadir memberikan bantuan

Program bersama Tuan Guru


Pada 8 .12.2011 nanti Tuan Guru Dato Dr Haron Din akan merasmikan pusat Rawatan Darussyifa di Sg Rambai. Di samping itu beliau akan memancing pada malamnya. Semua perawat darussyifa Jasin di minta hadir pada 8.12.2011 sempena perasmian tersebut.

14 November 2011

ANDA BERTANYA,TUAN GURU MENJAWAB -

Pelihara Ikan boleh elak pukau ?
Soalan
Ustaz, terlalu banyak kejadian kecurian di rumah atau premis perniagaan, pencuri memasuki bangunan tersebut dengan menggunakan apa dipanggil ilmu pukau. Betulkah ada ilmu pukau? Sehinggakan yang tidak tidur pun dipukau juga? Ada kepercayaan bahawa untuk mengelakkan pukau, maka hendaklah dipelihara ikan di dalam rumah. BEtulkah ini ustaz dan bolehkah diamalkan?
FIRDAUS ABDULLAH
Jawapan
Saya secara peribadi kurang arif fasal pukau. Kata orang , pukau adalah untuk membuat orang yang sedang tidur, akan tidur semakin nyenyak sehingga tidak disedari apa yang berlaku di sekelilingnya.
Ada juga dikatakan, dipukau orang yang sedang sedar, boleh berdialog dengannya tetapi dikuasai minda orang itu sehingga boleh menurut apa sahaja kehendak orang yang memukaunya tanpa daya melawan atau berlepas diri daripadanya.
Hal-hal sebegini acap kali didedahkan kepada saya. Oleh itu sebagai kesimpulan, hal-hal sebigini memang boleh berlaku dalam masyarakat kita. Pukau ini sebenarnya, suatu ilmu atau teknik yang digunakan seperti mana di Barat. Ia dinamakan sebagai ‘hypnotism’ atau disebut dengan istilah ‘hypnotic’.
Kamus dewan merujuk ‘hypnotism’ sebagai memukau atau terpukau, sama juga dengan ‘hypnotic’ yang disebut sebagai renungan yang memukau.
Umum mengetahui bahawa ‘hypnotism’ ada suatu teknik penguasaan diri sendiri melalui beberapa latihan kerohanian dan teknik memandang ke arah sesuatu perkara atau objek termasuk manusia.
Dikatakan boleh berlaku dengan pancaran kekuatan dalaman orang yang mengamalkan ‘hypnotism’ ini, boleh mendatangkan suatu tenaga khusus baginya untuk menguasai orang lain.
Ia termasuk menidurkan orang yang sedang sedar atau menguasai fikiran orang itu dengan tenungan dan kadang-kadang dengan hembusan. Teknik hembusan juga termasuk dalam salah satu cabang ilmu sihir dengan kekuatan kuasa hembusan yang dikaitkan dengan asosiasi (perhubungan) dengan makhluk halus, maka berlaku penguasaan sepenuhnya atau sebahagian ke atas seseorang.
Amalan menggunakan pandangan mata sehingga berlaku suatu proses pukau, jika dilihat pada pandangan syarak, kita dapati bahawa ada isyarahnya dalam as-Sunnah.
Antara lain Rasulullah s.a.w. ada menyebut tentang pandangan mata seperti dalam hadis (mafhumnya):
Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al-­Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”
Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya): “Nabi pernah menyebut al-‘ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku).” (Sahih Bukhari Muslim)
A1-Hafiz Ibnu Hajar dalam ulasannya tentang hadis-hadis ini menyebut bahawa pandangan mata seseorang itu ke atas sesuatu, boleh mendatangkan hasad dengki kepadanya, lalu ditemukan objek itu di samping tabiat buruknya muncul, boleh mendapat kemudaratan kepada yang dilihat.
Ash-Syanthiti pernah menyebut bahawa, jiwa-jiwa yang kotor mempunyai kesan yang kotor juga kepada yang dilihat.
Semuanya ini selari dengan apa yang disebut oleh Allah SWT yang mafhumnya:
“Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) itu benar-benar gila.” (Surah al-Qalam, ayat 51)
Ayat mi menjadi rujukan kepada hal-hal penyakit yang berpunca daripada pandangan atau renungan mata. Malah dalam beberapa hadis lain menga­takan ‘unta boleh masuk ke dalam periuk kerana pandangan mata’. Maksudnya unta boleh mati, tapi disembelih dan dijadikan hidangan makanan.
Demikian peranan mata. Oleh itu hal-hal pukau memukau mi, termasuk dalam amalan yang tidak diharuskan oleh syarak. Lagipun digunakan ilmu pukau untuk tujuan keburukan seperti merompak, mencuri dan sebagainya.
Sememangnya apabila berlaku sesuatu yang tidak baik, ada pencegahnya. Disebut dalam perubatan, sebagai vaksin. Saya sendiri tidak pasti apakah dengan membela ikan boleh menghalang atau menghadang dari berlakunya pemukauan.
Pada pemerhatian saya, apa yang berlaku, ada rumah yang membela ikan, dimasuki pencuri dan tuannya sedar. Ada pemilik sebuah kedai ikan (kenalan saya), menjual ikan-ikan hiasan di rumah termasuk ikan kelisa, dicuri orang dalam keadaan beliau dan pekerjanya sedar, tetapi dicuri di hadapan mata.
Sukar untuk dipercayai, sekadar membela ikan boleh menghindari kejadian seperti itu. Bagaimanapun untuk menghindarinya, lebih baik kita rujuk kepada amalan-amalan sunnah.
Seperti yang pernah disebut Nabi (maf­humnya), bahawa sesiapa yang memakan tujuh biji ajwah (tamar madinah), maka dia tidak akan terkena sihir.
Kesimpulannya untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari;
1. Baca doa berikut:
“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.
Inilah amalan yang diterima oleh syarak.