MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

12 November 2012

AWAL MUHARRAM

UNTUK MAKLUMAN SEMUA..
Pusat Rawatan Darussyifa Jasin akan ditutup sehari pada hari Khamis,15/11/2012.Sempena sambutan Awal Muharram.Selamat Menyambut Tahun baru Hijrah 1434.Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

25 Oktober 2012

SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR



Team Darusyifa' Jasin mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada Tuan Haji Nordin yang telah melakukan lawatan dan ziarah ke Baitul Maqdis Palestin. Beliau telah kembali ke tanah air dengan selamat pada 23 Oktober lepas. Semoga beliau diberikan kekuatan untuk terus membantu Darussyifa' Jasin.

PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' JASIN DITUTUP SEHARI PADA 25 OKT 2012

Assalamualaikum.

Makluman kepada semua pembaca,Pusat Rawatan Darussyifa' Jasin ditutup sehari pada 25 Okt 2012 sempena sambutan Iduladha. Pusat Rawatan tersebut akan dibuka semula pada hari Isnin ini bersamaan
29 Okt 2012.

Harap Maklum. Terima Kasih

21 Oktober 2012

Bagaimana untuk mengatasi dan membuang bahan-bahan yang disyaki bahan sihir yang ditabur?



Soalan
Di pejabat saya, acap kali berlaku kecoh bila didapati benda-benda pelik ditaburkan di pintu pejabat bos kami, seperti kemenyan, beras kunyit, kain warna warni, telur, daging mentah dan bangkai burung gagak hitam bersepah sehingga ke dalam bilik bos saya. Apakah maksud kerja-kerja sebegini dan bagaimana untuk mengatasinya pada pandangan Dato'?

Tuan Guru Menjawab
Sering berlaku berbagai benda pelik diletakkan di hadapan rumah, kedai, warung, tempat-tempat makan, di pejabat dan sebagainya.
Orang Melayu mempunyai kefahaman menebal adanya kerja halus dilakukan, untuk menyampaikan maksud jahat, tidak puashati dengan seorang ketua ataupun seorang teman sepekerjaan, lalu berfikir untuk menukarkan mereka ke tempat lain atau dengan tujuan tertentu.
Perkara yang disebutkan saudari, memang ada imbas-imbas pekerjaan sihir, tetapi apakah setiap kali kita berjumpa perkara tersebut, hendak dikaitkan dengan sihir, atau mungkin ia suatu perang psikologi?
Mungkin ia bertujuan menakutkan seseorang, atau membuatkan orang yang 'dibuat' itu menarik diri dari jawatannya. Mungkin ianya kerja nakal, gurauan atau perbuatan suka-suka tanpa ada mainan sihir.
Jika diandaikan ia amalan sihir, saya rasa ianya tersasar. Sihir itu ialah perbuatan tersembunyi dan tidak dapat dilihat. Kebiasaannya kerja sihir dilakukan di tempat gelap dan bahan sihir biasanya disembunyikan.
Bahan sihir ditanam atau dimasukkan dalam konkrit, disangkutkan di atas bumbung atau di siling rumah dengan tujuan tiada orang yang dapat melihat.
Ia dilakukan dengan jampi mentera, berhubung dengan makluk halus sebagai perantara untuk menyampaikan maksud jahat mereka. Sihir merupakan suatu perbuatan yang tidak diketahui, tersembunyi dan ianya tiba-tiba berlaku di alam nyata.
Benda yang dapat dilihat dengan mata sebegitu, tentulah bukan sihir. Ianya perbuatan nakal untuk memerangi psikologi orang yang berkenaan.
Saya nasihatkan, janganlah dihebohkan perkara sebegini kerana ia bukan sihir.
Kita perlu mengatasinya dengan menyebarkan ajaran Islam yang sebenar, bahawa kerja-kerja berinsusiasi dengan amalan sihir adalah suatu dosa besar, padah besar yang mengundang kecelakaan dunia sampai kepada akhirat.
Keduanya, mengajak manusia bertanggungjawab atas amalan mereka. Sekiranya amalan jahat dilakukan, hari ini mungkin untuk orang lain, tetapi hal yang sama mungkin akan dilakukan ke atas dirinya pula. Maka kerja seburuk ini hendaklah dihentikan serta merta.
Ketiga, atasilah masalah yang berlaku dalam kehidupan kita secara gentleman dengan tidak membabitkan kerja-kerja yang membawa kepada kekecohan atau buruk sangka sesama rakan sekerja.
Keempat, jadilah panduan, Islam itu sebagai suatu pegangan. Perkara yang melanggar hukum Islam dijauhi, khasnya perkara syirik yang merupakan perkara fitnah dalam masyarakat.
Kelima, fitnah memfitnah mengundang padah. Buruk sangka sama-sama di pejabat mengundang kecelaruan dan menjauhkan kita daripada ketenangan.
Maka oleh kerana itu, kita hendaklah melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT supaya dihindarkan kita daripada kecelakaan sihir dan sebagainya. Wallahua'lam.
Amalan selama 40 hari ditolak jika percaya benda ghaib

20 Oktober 2012

PROGRAM RAWATAN PESAKIT DARUSSYIFA' JASIN

Gambar-gambar rawatan pesakit bersama perawat Darussyifa' Jasin.

Untuk makluman pembaca,Pusat Rawatan Islam Darussyifa' Jasin bermula setiap hari Isnin dan Khamis dari jam 7.15 malam hingga 10.30 malam.Program di mulai dengan solat Maghrib berjemaah,bayacaan Yasin,zikir dan doa serta solat Isya berjemaah. Rawatan akan bermula selepas solat Isya dan pesakit digalakkan hadir bermula dengan solat maghrib kerana sesi solat berjemaah,bacaan Yasin dan zikir juga merupakan salah satu kaedah rawatan yang kita amalkan. Semoga usaha yang sedikit ini memberi kesembuhan dengan izin Allah. Amin

 

    

PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' YANG ADA DI MELAKA

Berikut adalah Pusat Rawatan Darussyifa' yang terdapat di negeri Melaka untuk panduan semua pembaca.

       Lokasi                                   Hari                                  Masa

1. Madrasah Arahmah                 Ahad                         8.30 pagi  - 12.00 tengahari
    Solok Gaung
    Air  Molek

2. Taman Maju Jasin                  Isnin dan Khamis        7.30 malam - 10.30 malam


3. Sg Rambai Merlimau               Sabtu                         8.30 pagi - 12.30 tengahari

8 MAKANAN SUNNAH


8 makanan Sunnah yang baik untuk kesihatan: KISMIS, KURMA MADU, KURMA AJWAH, MADU, BUAH TIIN, MINYAK ZAITUN, ZA’FARAN, HABBATUS SAUDA’.

KISMIS adalah satu “gula-gula” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia, Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan minerals yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.

Kismis mengandungi 70% fruktosa(suatu bentuk gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ianya sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.

KURMA/ RUTOB Berdasarkan kajian Prof Madya Aslah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001).


Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Saidina Ali a.s. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”. kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

Kelebihan orang yang banyak berdoa

DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada neraka.”

Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas.

Orang yang memohon syurga dan meminta perlindungan daripada neraka ditetapkan syarat iaitu Islam serta benar dalam menghadapkan diri kepada Allah (at-tawajjuh).

Demikianlah, bahawa kejayaan dengan syurga dan keselamatan daripada neraka adalah tujuan yang hendak dicapai orang yang mengerjakan solat, berzakat, berpuasa, menunaikan haji, berzikir mengingati Allah dan berjihad.

Untuk mencapai ke tahap itu mereka terpaksa memejam pandangan, memelihara kemaluan dan perutnya, menjaga lidah serta menahan tangannya daripada melakukan perkara terlarang. Perkara ini berterusan menjadi adat kebiasaan sehingga Allah mengampuni mereka.

Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang sentiasa berkeliaran di jalan mencari ahli zikir, apabila mereka mendapati satu kaum yang berzikir mengingati Allah mereka memanggil temannya lalu mereka pun datang mengelilingi orang yang berzikir dengan membentangkan sayapnya ke langit dunia. Lalu mereka ditanya oleh Tuhannya, sedangkan Tuhan lebih mengetahui dari mereka: Apa yang diucapkan hamba-Ku? Mereka menjawab: Hamba-Mu menyucikan, membesarkan, memuji dan mengagungkan-Mu.

19 Oktober 2012

PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA'JASIN TERUS MENDAPAT SAMBUTAN



Pusat Rawatan Islam Darussyifa' Jasin adalah sebuah pusat rawatan yang bernaung di bawah Darussyifa' Pusat. Ia terletak di Taman Maju bertempat di tingkat satu belakang Klinik Zanawati berhampiran dengan stesen minyak Shell.

Semenjak dibuka kira-kira 5 bulan lalu hampir 600 orang telah mendapatkan rawatan di pusat itu. Ini menunjukkan bahawa rawatan alternatif yang diwujudkan oleh Darussyifa' mendapat sambutan masyarakat setempat.Dipusat rawatan ini kita ada 24 orang perawat yang ditugaskan secara bergilir dengan 3 kumpulan perawat yang bertugas pada setiap hari Isnin dan Khamis bermula 7.30 malam hinggalah jam 10.30 malam.Sebelum rawatan,majlis bacaan Yasin dan zikir bersama perawat dan pesakit bermula selepas solat Maghrib. Oleh yang demikian pesakit digalakkan datang awal kerana bacaan Yasin dan zikir juga merupakan salah satu kaedah merawat.

Bagi mereka yang ingin memagar bangunan kedai,rumah,sekolah dan sebagainya daripada gangguan makhluk halus,anda boleh menghubungi koordinator Darussyifa' Jasin iaitu Ustaz Yuslee b. Hj Yusof(lihat no tel sebelah kiri web) yang mengatur semua program luar.

Anda yang ingin mendapatkan rawatan digalakkan hadir di pusat rawatan kami seperti alamat yang tertera .Pihak kami akan sentiasa  memberikan perkhidmatan yang sewajarnya.

Zikir ubat penyakit hati


SABDA Rasulullah SAW: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual termasuk akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, perbuatan, perilaku dan sikap seseorang dipengaruhi olehnya.

Sifat hati pula terbahagi empat iaitu kebuasan, kebinatangan, kesyaitanan dan ketuhanan. Tiga sifat pertama terbabit pula bukan mudah untuk dibuang, malah akibat daripada itu ramai umat Islam kecundang hingga akhirnya melakukan dosa besar.

Manakala sifat terakhir iaitu ketuhanan saja yang akhirnya mampu membawa kita ke jalan benar dan diredai Allah SWT, tetapi bukan mudah melakukannya kerana hanya yang benar-benar mahu berubah mampu melaksanakannya.

Secara umumnya, untuk membersihkan hati yang kotor, kita hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT.

Hati juga boleh diubati dengan mengamalkan beberapa perkara iaitu membaca al-Quran dan memahami serta mentadabbur maksudnya, meningkatkan amalan solat sunat pada waktu malam dan banyakkan menangis bertaubat kepada Allah SWT, berkawan dengan orang soleh juga alim ulama.

Selain itu, amalan lain ialah membiasakan diri dengan berpuasa sunat, kerap berzikir waktu siang atau malam serta sentiasa mengingati mati.

Penyakit paling berbahaya bagi hati ialah menyekutukan Allah SWT dengan yang lain, mendustakan kebenaran, hasad dengki terhadap sesama manusia, benci, dendam, bongkak, sombong, angkuh dan pelbagai lagi.

Lawan daripada menyucikan atau membersihkan hati ialah mengotorinya. Seseorang yang beriman hendaklah selalu mengutamakan kebersihan luaran juga dalaman diri kerana kekotoran akan membuka segala pintu kejahatan.

Contoh bukti kekotoran jiwa ialah perbuatan kaum Thamud yang tidak mengutamakan nilai-nilai budi dan kesopanan, meminum arak, malah melakukan zina secara terang-terangan.

Renungi firman Allah SWT dalam Surah al-A’raaf, ayat 179: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya ayat-ayat Allah.
“Dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya bukti keesaan Allah dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat, mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai.”