Kami sedia membantu anda yang menghidap penyakit fizikal juga gangguan makhluk halus. Waktu rawatan: pukul 8.30_10.30 malam.Setiap Isnin (malam Selasa ) & Khamis ( malam Jumaat )
MAKLUMAN
INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASINInfakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaunBank Islam 04-033-02-027914-3
29 Mei 2012
Album gambar Perawat Darussyifa' Jasin
Pengerusi Darussyifa' Caangan Melaka Ustaz Faisol Sheikh Mohamad (tengah) bersama dengan Ustaz Kamarudin Hj Sedik ( Pengetua Sekolah Menengah Agama Arrahmah Air Molek Melaka) ketika perasmian bangunan Pusat Rawatan Darussyifa' Melak.
ANDA BERTANYA ,TUAN GURU MENJAWAB
Adakah sama Saka dengan Qareen?
Saya banyak mendengar perkataan saka yang dirujuk kepada gangguan makhluk harus atas seseorang yang berpunca daripada keturunan seseorang yang mendampinginya sentiasa meminta berbagai permintaan atau mengenakan berbagai keburukan. Adakah ini sama dengan istilah qareen yang pernah Dato' sentuh dalam jawapan terdahulu. Samakah antara saka dengan qareen? Bagaimana hendak mengatasi hal ini apabila ianya berlaku?
Jawapan
Saka adalah suatu istilah yang biasanya digunakan oleh tukang ubat atau bomoh tradisional yang merujuk kepada suatu fenomena gangguan spiritual yang berlaku ke atas manusia kebanyakannya kaum wanita dan ada juga lelaki, yang mengaitkannnya dengan makhluk yang kononnya diamanahkan menjaga seseorang. Bagi tujuan menjaga tersebut maka berbagai-bagai gangguan spiritual berlaku. Gangguan seperti ini dikenali sebagai gangguan makhluk halus.
Saka dikaitkan dengan kononnya ada makhluk yang berdampingan dengan keturunan bapa, ibu, datuk atau nenek seseorang yang menjaga atau bersahabat dengan makhluk ini dan dipesan kepada makhluk tersebut selepas kematiannya untuk menjaga dan mengawal anak cucu mereka.
SELAMAT BERCUTI PERAWAT DARUSSYIFA' JASIN
Selamat bercuti kepada perawat-perawaat Team Darussyifa' Jasin yang akan ke kampung halaman mereka di seluruh pelusuk tanah air . Ust Yusle Hj Yusof (Pulau Pinang) Ust Saidi Sulaiman ( Kuantan ) Ust Zulkifli Ahmad (Terengganu) Ust Ibrahim Kamsan,Ust Adzli,Ust Kamalruzaman(Kedah) Tn Hj Shamsudin (Kelantan) dan tidak lupa kepada Tuan Haji Nordin Hj Yusof yang kini berada di Vietnam.
Semoga kalian dalam keadaan sihat dan kembali semula ke Jasin dan meruskan usaha murni Tuan Guru Dato Dr Haron Din membantu mereka yang memerlukan pertolongan.
Kepada perawat -perawat yang masih ada di Jasin,anda diminta membantu memenuhi jadual yang ditetapkan,insyallah.
Semoga kalian dalam keadaan sihat dan kembali semula ke Jasin dan meruskan usaha murni Tuan Guru Dato Dr Haron Din membantu mereka yang memerlukan pertolongan.
Kepada perawat -perawat yang masih ada di Jasin,anda diminta membantu memenuhi jadual yang ditetapkan,insyallah.
10 JAM TUAN GURU BERTARUNG NYAWA

BANGI: Hati anak mana yang tidak gembira apabila bapa tercinta kembali sihat dan ceria.
Begitulah yang dialami lima pemata hati Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang mula sembuh dari pembedahan jantungnya dan selamat tiba ke tanah air 13 Mei lalu.
Dr Haron Din, seorang tokoh agamawan melakukan pembedahan di Stanford Hospital & Clinics, San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada 2 April lalu.

Anak keduanya, Hamdi Haron (gambar)yang juga seorang peguam sempat meluangkan masa menceritakan keadaan bapanya kepada Harakah Khamis lalu. Datuk Haron, mendapat rawatan sejak 18 Mac lalu dirawat oleh Pakar Bedah Jantung, Dr Robert C Robbins.Selama berada di sana katanya, mereka sekeluarga termasuk bondanya Datin Khadijah Mohd Salleh tidak berenggang dengan bapanya.
"Alhamdulillah sejak buat pembedahan dan dimasukkan pula ke ICU dan CCU ada perkembangan dan kesihatan beliau makin sihat," katanya yang ditemui di kediaman bapanya di Bandar Baru, Bangi, Selangor.Selama sepuluh jam bertarung nyawa di bilik bedah, katanya bapanya tidak patah semangat dan seolah-olah tidak ada rasa sakit.
21 Mei 2012
RAWATAN DI MAHAD TAHFIZ
InsyaALLAH malam ini ada rawatan di Mahad Tahfiz Bukit Gambir,Tangkak.Diharapkan semua Perawat Darussyifa' Jasin dapat hadir,bagi sama-sama membantu mereka yang berkenaan.Bertolak pukul 6.00 petang dari Kompleks.Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita.Amin...
20 Mei 2012
JANGAN PANDANG REMEH AIR YANG DIDOAKAN

PENELITIAN AIR "Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup." (Q.S. Al Anbiya:30) Dalam kitab-kitab tafsir klasik, ayat tadi diartikan bahwa tanpa air semua akan mati kehausan. Tetapi di Jepang, Dr. Masaru Em oto dari Universitas Yokohama dengan tekun melakukan penelitian tentang perilaku air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan sampai -5oC di laboratorium, lantas difoto dengan mikroskop elektron dengan kamera kecepatan tinggi.
18 Mei 2012
TEMPAT TINGGAL JIN
Ramai beranggapan jin tinggal di
hutan-hutan belantara sehingga disebut orang kalau tempat itu agak
terpencil maka dikatakan tempat jin bertendang. Sememangnya, jin suka
tinggal di tempat-tempat yang kotor dan bernajis, seperti bilik air,
tandas, tempat pembuangn sampah, tempat-tempat runtuhan dan tinggalan
orang, padang-padang pasir dan tanah perkuburan.
JIN & KEMATIANNYA
Jin seperti makhluk-makhluk yang lain juga hidup berkahwin dan beranak cucu dan akhirnya menemui ajal mereka. Kemudian di padang mahsyar mereka akan dihimpunkan dan dihitung segala amalan mereka. Firman Allah s.w.t bermaksud : "Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, Tuhan apa pun yang lain. tidak ada Tuhan (yang berhak disembah)
15 Mei 2012
APA ITU QARIN
Tidak ramai yang mengetahui tentang Qarin ini. Sebenarnya begitulah kehendah Allah s.w.t bahawa
setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai satu
jin kafir yang menjadi teman kemana sahaja ia pergi baik malam mahupun siang.,
mengajaknya melakukan kejahatan danj menahnnya daripada melakukan ketaatan. Oleh
kerana ia terlalu rapat dengan manusia ia digelar Qarin.
MENGENAL SIHIR
Pengertian Sihir
Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah s.w.t. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah s.w.t. melarang manusia melakukannya. Definasi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.
Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah s.w.t. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah s.w.t. melarang manusia melakukannya. Definasi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.
Punca Wujud Ilmu Sihir
Sihir telah wujud pada zaman para Nabi. Penggunanya secara berleluasa dapat dilihat pada zaman Nabi Musa a.s. ketika mana Firaun dan pengikutnya telah mencabar kerasulan Nabi Musa a.s. Ketika inilah tukang-tukang sihir telah menggunakan ilmu yang telah dimiliki untuk mencabar mukjizat Nabi Musa a.s.
Sihir telah wujud pada zaman para Nabi. Penggunanya secara berleluasa dapat dilihat pada zaman Nabi Musa a.s. ketika mana Firaun dan pengikutnya telah mencabar kerasulan Nabi Musa a.s. Ketika inilah tukang-tukang sihir telah menggunakan ilmu yang telah dimiliki untuk mencabar mukjizat Nabi Musa a.s.
Memiliki ilmu sihir menyebabkan
seseorang itu akan kelihatan hebat dan berani kerana keyakinan individu
terhadap keistimewaan ilmu sihir. Kadang-kadang manusia yang
mengamalkannya boleh menggunakan untuk tujuan kejahatan seperti
mengenakan sihir kepada orang lain atau membalas demdam kepada seseorang
individu.
Langgan:
Catatan (Atom)