Tidak ramai yang mengetahui tentang Qarin ini. Sebenarnya begitulah kehendah Allah s.w.t bahawa
setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai satu
jin kafir yang menjadi teman kemana sahaja ia pergi baik malam mahupun siang.,
mengajaknya melakukan kejahatan danj menahnnya daripada melakukan ketaatan. Oleh
kerana ia terlalu rapat dengan manusia ia digelar Qarin.
Kami sedia membantu anda yang menghidap penyakit fizikal juga gangguan makhluk halus. Waktu rawatan: pukul 8.30_10.30 malam.Setiap Isnin (malam Selasa ) & Khamis ( malam Jumaat )
MAKLUMAN
INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASINInfakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaunBank Islam 04-033-02-027914-3
15 Mei 2012
MENGENAL SIHIR
Pengertian Sihir
Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah s.w.t. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah s.w.t. melarang manusia melakukannya. Definasi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.

Punca Wujud Ilmu Sihir
Sihir telah wujud pada zaman para Nabi. Penggunanya secara berleluasa dapat dilihat pada zaman Nabi Musa a.s. ketika mana Firaun dan pengikutnya telah mencabar kerasulan Nabi Musa a.s. Ketika inilah tukang-tukang sihir telah menggunakan ilmu yang telah dimiliki untuk mencabar mukjizat Nabi Musa a.s.

Memiliki ilmu sihir menyebabkan
seseorang itu akan kelihatan hebat dan berani kerana keyakinan individu
terhadap keistimewaan ilmu sihir. Kadang-kadang manusia yang
mengamalkannya boleh menggunakan untuk tujuan kejahatan seperti
mengenakan sihir kepada orang lain atau membalas demdam kepada seseorang
individu.
09 Mei 2012
MESYUARAT KHAS PERAWAT DARUSSYIFA' JASIN
Perawat Darussyifa Jasin yang dihormati.
Memandangkan Pusat Rawatan Darussyifa' Jasin sedang berkembang pesat dan pesakit semakin ramai memerlukan rawatan,maka satu mesyuarat khas akan diadakan bagi melicinkan lagi perjalanan pusat rawatan tersebut. Oleh yang demikian penyusunan organisasi yang mantap dan berkesan adalah amat perlu . Maka tuan/puan perawat Darussyifa'' Jasin diminta hadir pada ketetapan seperti di bawah :
Tarikh : 13 Mei 2012
Masa : 8.30 malam
Tempat : Pusat Rawatan Darussyifa' Jasin ( Taman Maju)
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah,sila berhubung dengan Tuan Setiausaha,Ust Azrul.
Terima kasih.
Pengerusi Darussyifa' Jasin.

JADUAL BARU PERAWAT DARUSSYIFA CAWA. JASIN
Semua perawat Darussyifa' Jasin sila ambil perhatian.
Sila semak jadual perawat terbaru di sebelah kiri web ini.
Kehadiran pada ketepatan waktu amat dialu-alukan.
Sila semak jadual perawat terbaru di sebelah kiri web ini.
Kehadiran pada ketepatan waktu amat dialu-alukan.
Kumpulan 1
(Mei 17,31) (Jun 14,26)(Jul 9,12) (Ogs 30) (Sep 10,13,27) (Okt 4,18,29) (Nov 1,15,29)(DIS 3,13,24)
Ust kamalruzaman(K) Hj Shamsudin Ali, Ust Zainurin,Hj Nordin,Ust Nazri Zainal,Ust Rahmat Minhat,Ust Raihan ,ust Faizul Fakri)
Kumpulan 2
(Mei 14,21) (Jun 4,11,28)(Jul 2,16) (Ogs 20,27) (Sep 3,17) (Okt 1,8,22) (Nov 5,12,19) ( Dis 10,20,31)
Ust Mazlan Maadom (K) Ust ibrahim, Ust Mohd Azlan,Ust Azrol, Ust Jeffry,Ust Anuar Mohamad,Ust Zulkifli Hashim,Ust Idris Jaamat,Ustz Norhayati Alias
Kumpulan 3
(Mei10,24,28) (Jun 7,21,25)(Jul 5,19) (Ogs 23) (Sep 6,20,24) (Okt 11,15,25) (Nov 8,22,26) (Dis 6,17,27)
Ust Yusle (K) Ust Saidi,Ust Abdullah Suhaimi,Ust Rahimi,Ust Zulkifli Ahmad,Ust Adzli Khalid,Ust Faisol,Ust Awang,Ust Zahari Jamaludin
24 April 2012
KUMPULAN YANG MERAWAT PADA 26 APRIL 2012.
Sila ambil perhatian.
Di bawah ialah perawat Darussyifa Jasin yang akan bertugas pada hari Khamis malam Jumaat 26 April 2012. Perawat yang ditugaskan pada hari-hari berkenaan sila tepati masa bertugas untuk mengelakkan pesakit menunggu lama. Harap maklum.
Kumpulan 2
(Apr12,26) (Mei 3,17,21) (Jun 14,28)(Jul 12) (Ogs 30) (Sep 13,27) (Okt 4,18) (Nov 1,15,29)
Ust Kamalruzaman,Ust Hj Shamsudin,Ust Zainurin,Ust Hazman,Ust Hj Nordin,Ust Nazri)
PENGHARGAAN KEPADA TUAN HAJI NORDIN
Makluman kepada semua perawat Darussyifa' Cawangan Jasin bahawa Tuan Haji Nordin b Hj Yusof iaitu salah seorang perawat aktif Darussyifa' Jasin telah berangkat ke tanah suci semalam (23 April) bersama isterinya untuk menunaikan umrah di Makkatul Mukarramah.
Semoga beliau dan isteri diberi umrah yag mabrur serta kesihatan.Amin !
Semoga beliau dan isteri diberi umrah yag mabrur serta kesihatan.Amin !
23 April 2012
MAKLUMAN
MALAM INI 23 APRIL RAWATAN DI PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA JASIN BERMULA JAM 7.30 MALAM SEHINGGA JAM 10.30 MALAM.
HARAP MAKLUM
PERAWAT MALAM INI SILA RUJUK JADUAL DI SEBELAH KIRI WEB.
HARAP MAKLUM
PERAWAT MALAM INI SILA RUJUK JADUAL DI SEBELAH KIRI WEB.
BICARA AHLI
Admin telah padam semua gambar ahli Darussyifa' Jasin yang terdapat di dalam blog ini. Pada mulanya penulis menganggap meletakkan nama-nama tersebut memberi peluang kepada orang ramai mengenali perawat Darussyifa' Jasin dan tidak terkeliru dengan perawat-perawat yang menyamar sebagai perawat Darussyifa' tetapi tidak semua yang kita jangka baik,baik pada orang lain.
Tak apalah kita ambil pendekatan yang tidak ada konfrantasi dengan pihak lain dan jika ada sekelumit aduan atau salah faham, pihak Darussyifa' Jasin akan mengambil tindakan segera apatah lagi Darussyifa Jasin belum pun berumur sebulan ! Kami sangat menjaga nama baik Darussyifa yang di naungi Tuan Guru Dto Dr Haron Din serta pengerusi Darussyifa Pusat Tn Hj Abdul Rahman Ahmad yang bergitu komited dengan Darussyifa'.
Sebagai perawat, penulis dan rakan-rakan yang punya 7 tahun pengalaman ada yang lebih dari itu ,berbagai ujian dan dugaan yang terpaksa dilalui baik kecil mahupun besar,pada diri mahupun keluarga. Alhamdulillah semua itu dengan berkat keikhlasan dan pertolongan Allah dapat diatasi. Usaha membantu masyarakat khususnya yang terkena gangguan baik di mana sahaja selalunya diterima dengan baik. Bukan tujuan ahli untuk disanjung atau dikenali tetapi sumbangan kepada masyarakat tersebut dihargai oleh masyarakat keseluruhannya.
Perawat tidak dibayar untuk merawat,jika adapun sekadar duit minyak kereta dan juga minum dalam perjalanan balik. Kadang-kadang tidak diberi apa-apa pun walaupun perjalanan jauh dengan 2 buah kereta sejauh Pagoh,Johor.Bukan menjadi satu polisi kepada perawat menentukan bayaran kepada orang ramai ! Malah itu semua sudah menjadi asam garam kami perawat-perawat Darussyifa,tiada sungutan mahupun cercaan. Sesungguhnya Allah menentukan segalanya.
Khidmat Persatuan Pengubatan dan Kebajikan Darussyifa khususnya di Jasin ini sudah merentasi sempadan geografi. Kami telah panggil sehingga keluar dari negeri Melaka seperti negeri-negeri berdekatan Johor,Negeri Sembilan,Singapura malah telah dipanggil sehingga ke Selangor,Kedah,Pahang,Kelantan juga sehingga ke Bintulu Serawak.Antara tempat-tempat yang di rawati ialah bangunan kilang,logi penapisan minyak,bangunan kerajaan,kedai ,restoran,rumah persendirian dan banyak lagi. Sekolah lah yang paling banyak memanggil khidmat Darussyifa kerana pelajar-pelajar mereka yang terkena hesteria dan juga gangguan makhluk halus.
Pengalaman merawat sekolah yang terkena hasteria kadang-kadang amat mengecewakan. Tak perlulah penulis sebut nama sekolah tersebut. Apa yang mengecewakan perawat ialah pihak pentadbiran khususnya guru besar atau pengetua tidak menganggap merawat itu satu keperluan. Buktinya ialah mereka melepaskan tanggungjawab tersebut kepada HEM atau penyelia asrama. Mereka inilah yang kontang-kanting ke hulu ke hilir mencari keperluan yang dikehendaki oleh perawat. Komitmen daripada pentadbir serta guru-guru untuk bersama dalam majlis tersebut amat sedikit sekali. Sebab itulah Darussyifa' Pusat telah mengarahkan Darussyifa cawangan-cawangan pastikan ada surat permohonan dari pihak sekolah untuk mendapatkan rawatan Darussyifa' supaya tidak timbul apa-apa masalah seperti perawat menceroboh dan sebagainya..
Perawat Darussyifa pula terdiri daripa berbagai latar belakang pendidikan.Ada yang menjadi guru,ustaz,bekas pengetua,jutera,kaki tangan kerajaan yang lain juga swasta. Kebanyakannya ialah dari kalangan pendidik kerana kebanyakannya terlibat degan murid atau asrama serta masyarakat secara langsung.Kesungguhan yang mereka berikan untuk membantu masyarakat seharusnya dihargai oleh ketua jabatan atau orang yang lebih atas lagi. Janganlah cari ruang menyalahkan orang bawahan kerana itu dan ini yang tak tahu apa atau agenda sebenarnya.
wassalam.
22 April 2012
18 sebab jin merasuk manusia
WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.
Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.
Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.
Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.
“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.
Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.
“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.
Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:
1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.
Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.
Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.
Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.
Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

KULIAH PENGUBATAN ISLAM DARUSSYFA DI SOLOK GAUNG MELAKA
Hari ini Kuliah Pengubatan Islam Darussyifa' di Madrasah Arrahmah Solok Gaung,Air Molek Melaka bermula jam 8.30 pagi. Kuliah berkaitan dengan Santau. Semua pelajar Darussyifa' wajib hadir.
Sementara itu rawatan seperti biasa di pusat rawatan Darussyifa' bersebelahan dengan Madrasah.
Sementara itu rawatan seperti biasa di pusat rawatan Darussyifa' bersebelahan dengan Madrasah.
Langgan:
Catatan (Atom)