Adalah dimaklumkan bahawa komuniti masyarakat di Lubuk Cina Melaka akan mengadakan Program Khidmat Masyarakat bersama dengan beberapa orang doktor. Oleh itu mereka menjemput Darussyifa' Cawangan Jasin untuk sama-sama menjayakam program tersebut pada 16 April 2012 (Isnin) jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
Semua perawat Darussyifa' Jasin diminta berkumpul di kompleks guru Jasin dan akan bertolak jam 7.30 pagi..Kerjasama dari perawat semua didahului dengan ucxapan terima kasih.
Kami sedia membantu anda yang menghidap penyakit fizikal juga gangguan makhluk halus. Waktu rawatan: pukul 8.30_10.30 malam.Setiap Isnin (malam Selasa ) & Khamis ( malam Jumaat )
MAKLUMAN
INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASINInfakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaunBank Islam 04-033-02-027914-3
15 April 2012
12 April 2012
10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR

1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.
2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.
3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.
4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.
5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu
menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang
menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan
perilakunya.
6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.
7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah
orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.
8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.
9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.
Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.
10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.
RAWATAN DARUSSYIFA' MALAM INI DI PUSAT RAWATAN JASIN
PERHATIAN KEPADA AHLI DARUSSYIFA YANG BERTUGAS MALAM INI DI PUSAT RAWATAN ISLAM DARUSSYIFA TAMAN MAJU JASIN.
ANDA DIPERINGATKAN UNTUK HADIR SEBAGAI MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB DAN JADUAL YANG DITETAPKAN.
JUGA KEPADA PESAKIT YANG MEMERLUKAN RAWATAN,SILA HADIR DARI JAM 7.30 MALAM HINGGA 10.30 MALAM. TERIMA KASIH
ANDA DIPERINGATKAN UNTUK HADIR SEBAGAI MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB DAN JADUAL YANG DITETAPKAN.
JUGA KEPADA PESAKIT YANG MEMERLUKAN RAWATAN,SILA HADIR DARI JAM 7.30 MALAM HINGGA 10.30 MALAM. TERIMA KASIH
11 April 2012
KAEDAH MEMAGAR RUMAH BARU ATAU LAMA ATAU APA SAHAJA PREMIS.
10 April 2012
09 April 2012
ANDA BERTANYA,TUAN GURU MENJAWAB
Tolong jelaskan dengan alasan syarak dan al-Quran atau as-Sunnah yang menunjukkan bahawa makhluk-makhluk halus seperti yang Dato’ terangkan dalam ruangan Dato’ sebelum ini boleh memberi bekas kepada manusia seperti menyakiti, mengenakan dengan penyakit ganjil atau menjadi penyebab permusuhan yang membawa kepada pembunuhan.
Jawapan
Asas yang perlu dipegang bahawa kebaikan dan keburukan, kebahagiaan dan kecelakaan pada umumnya datangnya daripada Allah SWT.
Makhluk halus secara khusus berdasarkan kepada al-Quranul Karim nyata bahawa mereka tidak boleh mengenakan kemudaratan, kesusahan dan kepayahan kepada manusia, melainkan dengan izin Allah SWT.
Firman Allah (mafhumnya):
“Dan tidak lah mereka itu (makhluk-makhluk halus) memberi kemudaratan sedikit pun kepadamu, mana-mana orang, melainkan dengan izin Allah SWT. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka”(Surah al-Baqarah, ayat 102)
Akan tetapi dengan izin Allah SWT. dengan sebab daripada perbuatan mereka, maka kemudaratan dan kesakitan boleh berlaku.
Ayat ini juga merujuk kepada ilmu sihir yang disebutkan sebelum ini, bahawa syaitanlah yang kufur, merekalah yang mengajar manusia ilmu sihir, salah satu daripada kebolehan ilmu sihir ini, mendatangkan kemudaratan kepada manusia.
PERINGATAN PERAWAT DARUSSYIFA JASIN
- Peringatan kepada perawat Darussyifa' Jasin,malam ini majlis bacaan Yasin dan zikir sempena pembukaan pusat rawatan Islam Darussyifa bertempat di di Taman Maju Jasin(Belakang klinik Zanawati)Majlis bermula jam 7.00 petang. Kepada semua perawat Darussyifa' Jasin sila hadir dan hebahkan. Terima kasih
08 April 2012
MARI MENGENAL JIN
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
(terkena?? hahaha..)
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
!!!! (terkena lagi?? hahaha..)
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk.

KERAJAAN IBLIS
Kerajaan
Iblis
Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajib diwaspadai :
- Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah dan caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.
- Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.
- Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinaan berurusan dengan pejabat besar mereka.
- Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.
- Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.
Langgan:
Catatan (Atom)