MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

29 Mac 2012

PERINGATAN ,MALAM INI BACAAN YASIN DI RUMAH TN HJ DALIB

Assalamualaikum,
Kepada semua perawat Darussyifa Jasin .
Sebagai tanda hormat dan terima kasih kepada Tuan Hj Dalib yang telah menginfakkan bangunannya untukdigunakan sebagai Pusat Rawatan Islam Darussyifa Jasin,maka semua ahli diminta hadir dirumah beliau untuk bacaan Yasin pada hari Khamis (MALAM INI) selepas solat Maghrib. Harap semua hadir.

SERBAN RASULULLAH SAW DAN AMALAN SUNNAHNYA.



NOSTALGIA PERAWAT DARUSSYIFA' JASIN



    
         
Rabu 28 Mac 9.40 malam  - Kali kedua Team Darussyifa Jasin merawat seorang pesakit di depan Matrikulasi Tangkak. Seperti biasa kami sama-sama membaca Yasin  dan zikir seterusnya memagar rumah.  Kali ini pesakit tersebut  muntah mengeluarkan lebih 60 batang jarum peniti,9 batang paku dan juga klip kertas serta kerongsang .. Anda bayangkan bagaimana pesakit tersebut kesakitan apabila dibacakan ayat-ayat tertentu dan ditepuk belakangnya sehingga mengelupur dan mengeluarkan jarum peniti dan paku !!

Inilah antara pengalaman-pengalaman mengerikan semasa merawat. Ya Allah,lindungilah kami,keluarga kami,rakan-rakan perawat kami dari gangguan makhluk halus samada daripada jin,syaitan.iblis mahupun manusia..Semoga pesakit tersebut sembuh dan perawat-perawat Darussyifa keseluruhannya diberi kekuatan dan kesihatan.

Perawat yang terlibat ialah Wak Berahim,Ust Joe,Ust Awang,Wak Seli, Tok Man serta Ust CD.

28 Mac 2012

MESYUARAT PERTAMA TEAM DARUSSYIFA' JASIN

 

 
Team darussyifa jasin buat kali pertamanya telah membentuk satu jawatankuasa terdiri daripada hampir 24 orang perawat di sekitar Jasin berkumpul di Pusat Rawatan Darussyifa Jasin di Taman Maju (belakang klinik Zanawati)

Mesyuarat tersebut telah memutuskan aktiviti,tatacara rawatan,masa ,jadual rawatan serta keperluan-keperluan lain apabila pusat rawatan Islam tersebut dibuka. Pusat Rawatan Darussyifa jasin akan dibuka secara rasminya pada 9 April 2012 (Isnin dan Khamis) bermula jam 7.00 malam hingga 10.30 malam di premis tersebut. . Anda yang memerlukan rawatan khususnya yang berada di sekitar Jasin boleh dapatkan maklumat melalui no Telefon yang tertera.

PAKU KELUAR DARI MULUT PESAKIT

 
Perawat team Darussyifa Jasin telah merawat seorang pesakit di Paya Mas Tangkak.pada  26 Mac 2012 jam 9.30 malam. Apa yang menghairankan ialah  paku sebanyak 15 batang telah keluar dari mulut pesakit yang dirawat,

Ianya agak mencemaskan apabila pasakit mengelupur kesakitan dan mengeluarkan paku-paku tersebut.Dalam satu kenyataan Wak Berahim,Wak Seli,Tok Man dan Ust Awang berasa terkejut dan inilah kali pertama bahan sepeti paku,kerongsang,skru dan jarum keluar dari mulut pesakit di samping  banyak lagi  kejadian-kejadian aneh yang berlaku.

Kami berharap pesakit tersebut sembuh dengan izin Allah. Amin.

27 Mac 2012

Pengalaman yang menakjubkan

Haaaa.... pesakit muntahkan paku ?
Tunggu berita dan gambar berkenaan malam ini di Pusat Rawatan Darussyifa Jasin.

MAKLUMAN MESYUARAT AJK DARUSSYIFA JASIN

Assalamualaikum,
Kepada semua ahli Darussyifa Jasin,satu mesyuarat jawatankuasa penaja akan diadakan pada malam ini 27 Mac 2012 jam 9.30 malam bertempat di Pusat Rawatan Darussyifa di Bangunan Hj Dalip (Belakang Klinik Zanawati) Taman Maju Jasin.
Semua ahli Darussyifa Jasin diminta hadir. 

26 Mac 2012

TANDA-TANDA SEKIRANYA ANDA TERKENA GANGGUAN JIN

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN 
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas. 
2) Badan terasa berat dan malas. 
3) Sukar mendapat jodoh. 
4) Badan terasa bisa-bisa. 
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal. 
6) Sukar tidur malam. 
7) Sakit pinggang tanpa sebab. 
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
 9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya. 
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi. 
11) Bermimpi di tempat tinggi. 
12) Bermimpi di tempat yang kotor. 
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar. 
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit. 
15) Bayi kerap menangis. 16) Bunyi guli jatuh diatas syiling. 
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil. 
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali. 
19) Malas beribadat. 
20) Nyanyuk ketika usia lanjut. 
21) Panas baran. 
22) Sikap berubah secara mendadak. 
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran. 
24) Suka melakukan tabiat buruk. 
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran. 
26) Kerap keguguran. 
27) Gagal melakukan hubungan kelamin. 
28) Mengantuk bila dengar al-quran. 
29) Bermimpi seram yang menakutkan. 
30) Darah haid turun lebih 15 hari. 
31) Batuk yang berpanjangan. 
32) Selalu ditindih ketika tidur. 
33) Kuat berangan. 
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. 
35) Nafsu seksual yang melampau. 
36) Selalu melihat kelibat dirumah. 
37) Terasa diri selalu diperhatikan. 
38) Mandul. 
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan. 
40) Melihat jin secara terus. 
41) Sakit mental atau gila


Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda di atas ,sgeralah dapatkan rawatan di pusat-pusat  rawatan Darussyifa yang berhampiran atau hubungi perawat-perawat Team Darussyifa Jasin seperti tertera di sebelah kiri blog

9 perkara membuatkan syaitan berpesta

  


Assalaamu alaikum warahmatullaahi wabarkatuh.
Sahabatku, Imam Ghazali mengajak kita untuk mengenali sembilan keadaan umat manusia yang membuat syaitan "pesta pora" kerana kejayaan menggoda manusia

1. Terjadinya perceraian rumah tangga. Iblis sebagai pimpinan para syaitan selalu memuji semua kejayaan para syaitan, tetapi Iblis akan membanggakan kumpulan syaitan yang berjaya menceraikan suami isteri, "... syaitan menggoda untuk menceraikan suami dengan isterinya (QS 2:102)

2. Derhaka pada orang tua

3. Perkelahian sampai membunuh atau terbunuh

4. Penagih arak-Dadah (QS 5:90)

5. Tenggelam dalam dosa zina, terus menerus berzina

6. Ketagihan duit haram, seperti penipu, koruptor, perompak, rentenir dan sebagainya

7. "Attakabburru bil hasadi wal intiqoomi" Angkuh dibarengi dengan sifat dengki, pemarah dan dendam kusumat (QS 31:18)

8. Menjadi dukun dan pengikut setia dukun

9. Puncak kegembiraan syaitan, manusia mati dalam keadaan ma'siyat sampai mati kafir kepada Allah, "Sesungguhnya orang-orag kafir, dan mereka mati dalam keadaan kafir, mereka dilaknat Allah, para Malaikat dan manusia seluruhnya" (QS 2:161).

"Ya Allah lindungi kami dari nafsu ma'siyat dan godaan syaitan yang terkutuk ... aamiin".

MESYUARAT PENAJA DARUSSYIFA JASIN

MAKLUMAN KEPADA PERAWAT-PERAWAT DARUSSYIFA JASIN

Satu mesyuarat penyelarasan pembukaan Pusat Rawatan Darussyifa Jasin akan di adakan 
pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh     :    27 MAC 2012 (Selasa)
Masa      :    9.00 malam
Tempat    :     Pusat Rawatan Islam Darussyifa Jasin ( Belakang Klinik Zanawati Taman Maju)

Semua perawat Darussyifa Jasin diminta hadir.