MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

29 Januari 2012

Rawatan di Tanjung Keling malam ini

Perawat Darussyifa team Jasin .Bersedia untuk rawatan pagar rumah dan rawatan di Tanjung Keling malam ini 29 Jauari 2012  masa- selepas Solat Maghrib

KULIAH TUAN GURU DATO DR HARON DIN DI SOLOK GAUNG AIR MOLEK MELAKA.

Tuan Guru Dato Dr Haron Din akan mengadakan kuliah perubatan Darussyifa untuk pelajar baru Darussyifa Melaka  pada
1 Februari 2012 (Rabu ) bertempat di Madrasah Arrahmah Solok Gaung Air Molek Melaka.
Bermula jam 6.00 petang. Semua  pelajar diminta berada sebelum waktu maghrib. Kedatangan adalah wajib kerana tuan Guru akan ijazahkan 10 asas ke dua. Pakaian adalah baju putih berlengan panjang atau berjubah,berketayap putih. Ada name tag dan kemas.

Kepada perawat Drussyifa,anda juga diminta memakai pakaian putih,berketayap dan juga ada tag perawat.
Harap maklum.

RAWATAN GAUT

Anda menghidapi gaut ?
Dan...anda ingin dapatkan rawatan?
Kaedah terbaru merawat gaut dengan menggunakan anak pokok durian dan kaki ayam.
Sila hubungi Ust Joe, Wak Seli,Wak Berahim,Wak Nurin atau Tok Man
Atau ...ke Pusat Raatan Darussyifa Melaka di Solok Gaung Air Molek Melaka.

20 Januari 2012

KE MANA PERAWAT TEAM DARUSSYIFA HARI INI

Hari ini 20 Januari (Jumaat) ramai kawan-kawan Perawat Team Darussyifa Jasin yang ambil kesempatan sempena Tahun Baru Cina untuk balik ke kampung masing-masing. Ada juga yang menyelesaikan masalah peribadi dan keluarga. Kepada yang balik kampung,selamat balik kampung dan berhati-hati memandu. Kepada Usy CD yang balik ke Pahang,selamat pulang didoakan semoga ayahndanya sembuh dari sakit. Ust Joe yang dalam perjalanan ke perlis atas urusan walimatulurus...woww...jauh tu ,jangan tersalah akad sudah !!! Pada Che Lee...kerena Inova yg terlibat dalam kemalangan tu harap-aharp dah siap.

Tak lupa juga kepada Wak Berahim,Ust Nurin dan Tok Man yang akan ke Kedah petang ini (Naka) Mak oiii...jauhnya. Semua itu adalah urusan merawat sebab ada oang mintak tolong. Besar pengorbanan tu...kalau tak ingatkan baiah pada tuan guru semasa diijazahkan dulu...mahu tak pergi tu. Insyallah semuanya kerana Allah...semoga Allah permdahkan semua perjalanan perawat Team Darussyifa Jasin dan sembuhkan penyakit mereka yang di rawat. Aminnnnn !!

08 Januari 2012

KAEDAH BARU RAWAT BATU KARANG

ANTARA BAHANNYA IALAH

SEBIJI BUAH NENAS
JINTAN MANIS
JINTA PUTIH
KETUMBAR

INSYALLAH,SILA BERJUMPA PERAWAT TEAM DARUSSYIFA JASIN.(UST ZULKIFLI)

GAMBAR SEMASA SIMPOSIUM DI IPG BANGI









                                          





06 Januari 2012

7 Januari 2012 - PROGRAM SIMPOSIUM DARUSIFA SEMALAYSIA

Jangan lupa semua perawat Team Darussyifa Jasin,kita ke simposium Darussyifa Semalaysia di Intitut Perguruan Islam bangi bermula jam 8.00 pagi. Bertolak jam 5 pagi dan berhimpun di Kompleks Guru Jasin.

01 Januari 2012

Awas Perawat Team Darussyifa Jasin

1 .1.2011 (Ahad)

1. Merawat di Ganun Alor Gajah memagar kandang Lembu dan rawatan,
2. Merawat dan memagar di Sempang Empat Alor gajah
Bertolak jam 5.30 petang ,berkumpul di kompleks guru

Team Darussyifa Jasin bersedia memulakan rawatan



Antara kerja-kerja kebajikan yang kami mampu lakukan. Membantu mereka yang memerlukan khususnya yang terkena gangguan. Tidak ada apa-apa agenda lain yang kami fokuskan melainkan kerana Allah Taala.

31 Disember 2011

SIMPOSIUM PERAWAT-PERAWAT DARUSSYIFA SEMALAYSIA

Simposium tersebut akan diadakan di Maktab Perguruan Islam Bangi bertarikh 7 Januari 2012 bermula jam 8.00 pagi . Semua perawat team Darussyifa Jasin dipersilakan hadir. Ianya sangat bermanfaat kepada perawat khususnya perawat yang mempunyai kad rawatan.

Team Darussyifa Jasin akan bertolak jam 5.00 pagi berhimpun di kompleks guru dan akan bersolat Subuh dalam perjalanan. Harap maklum