Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, yakinlah bahawa Allah SWT menjadikan setiap penyakit bersama-sama dengan penawarnya sekali. Semua penyakit boleh diubati dengan izin Allah SWT, kecuali mati. Kita sebagai insan biasa perlulah berikhtiar , berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh dalam mencari kesembuhan penyakit. Kita hanya berikhtiar, pemberi kesembuhan hanyalah milik Allah SWT. Oleh itu kami di Darussyifa' dengan sedaya upaya berikhtiar menolong masyarakat yang meminta bantuan melalui jalan-jalan yang diredhai oleh Allah SWT dengan doa-doa daripada al-Quran dan as-Sunnah serta bahan-bahan ubat yang selaras dengan syarak. Berikut adalah senarai pelbagai jenis penyakit yang pernah dan kebiasaannya masyarakat rujuk kepada Darussyifa' dalam usaha ikhtiar mereka untuk mencari kesembuhan. |
1. Angin Ahmar 2. Asma (juga termasuk Lelah) 3. Badi Mayat & Badi Haiwan 4. Barah (seperti Barah Payu Dara, Hati, Usus dan seumpamanya) 5. Batu Karang 6. Benda Tajam dalam Badan 7. Bisa (Pelbagai jenis Bisa termasuk bisa sengatan serangga, bisa ular juga bisa sendi-sendi) 8. Buah Pinggang 9. Buasir 10. Darah Rendah 11. Darah Tinggi 12. Demam Campak 13. Demam Panas (juga Denggi, Hepatitis dll) 14. Gangguan Emosi 15. Gangguan Tidur 16. Gastrik 17. Gaut 18. Gigi (Semua jenis sakit gigi termasuk sakit gusi) 19. Gila Merian 20. Jantung 21. Kayap 22. Kehilangan (Kehilangan barang atau anak lari dari rumah) 23. Kenan & Kecacatan Bayi 24. Kencing Malam 25. Kencing Manis 26. Keselamatan Diri dan Harta Benda 27. Ketumbuhan 28. Kolestrol tinggi 29. Koma 30. Lekat Tulang 31. Lemah Semangat 32. Lumpuh 33. Magrin 34. Mandul 35. Mata (pelbagai jenis sakit mata) 36. Mata Masuk Benda 37. Memasuki Rumah Baru atau Pejabat Baru 38. Memulihkan Pesakit Akibat Kesalahan Sendiri 39. Menghentikan Tabiat Buruk 40. Mudah Lupa 41. Mudah Marah 42. Murah Rezeki (Mengatasi Gangguan Hutang) 43. Nyanyuk 44. Panas Baran 45. Pelembut Hati 46. Pemisah (seperti memisah tabiat kanak-kanak hisap bantal busuk) 47. Pemutus Susu ( untuk bayi 2 tahun keatas daripada menyusu ibunya) 48. Penahan (Kencing Tak Tus, darah sentiasa mengalir dan seumpamanya) 49. Pendekat Jodoh 50. Penerang Hati 51. Penyakit yang Sukar diubati 52. Penyelera Makan 53. Resdung 54. Sakit dalam Dada (seperti Sesak Nafas) 55. Sakit Kepala 56. Sakit Lutut dan Bengkak Sendi 57. Sakit Perut 58. Sakit Rindu 59. Santau 60. Sawan (pelbagai jenis Sawan seperti Sawan Tangis, Tarik & Babi) 61. Segala jenis Gangguan Spiritual (termasuk gangguan sihir) 62. Selsema yang berterusan 63. Selusuh (Supaya senang melahirkan anak) 64. Sukar Bersalin (seperti disebabkan oleh bayi Songsang didalam rahim) 65. Sukar Tidur Malam 66. Dan pelbagai jenis penyakit lain yang mungkin tidak tersenarai disini. |
Kami sedia membantu anda yang menghidap penyakit fizikal juga gangguan makhluk halus. Waktu rawatan: pukul 8.30_10.30 malam.Setiap Isnin (malam Selasa ) & Khamis ( malam Jumaat )
MAKLUMAN
INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASINInfakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaunBank Islam 04-033-02-027914-3
28 September 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan