Soalan :
Ustaz ,sekiranya saya berada di luar daripada Jasin iaitu saya tinggal di Bandar baru Jengka dan ingin buat rawatan gangguan dan juga pagar rumah. Bagaimanakah caranya saya menghubungi Darussyifa dan apakah keperluan yang perlu saya sediakan ?
Jawapan:
Memagar rumah atau bangunan biasanya adalah kerana rumah atau bangunan tersebut diganggu makhluk halus antaranya diganggu melalui kelibat orang,rasa panas bila berada dalam rumah,ahli rumah sentiasa bertengkar,tidak boleh tidur dalam rumah,terdengar berbagai jenis bunyi di waktu malam dan berbagai lagi. Kebiasaannya orang yang tinggal dalam rumah juga turut diganggu ataupun dengan lain perkataan "ada benda dlam badan" . Selalunya rumah ini kita pagar dengan menggunakan garam dan lada hitam. Sekiranya rumah sebuah kita memerlukan 5 kg garam kasar dan setengah kilo lada hitam di samping air untuk minuman dan juga mandi atau pagar.
Perawat Darussyifa dengan bilangan ahli 5 atau 6 orang biasanya akan membaca Yasin serta berzikir dan berdoa,kemudian air yang dibacakan itu direnjiskan di dalam rumah dan garam dan lada hitam direjam di sekeliling rumah dengan kaedah tertentu Darussyifa selepas itu barulah kita akan buat rawatan kepada mereka yang terkena gangguan..Kebiasaannya pihak kami akan melakukan pada waktu malam selepas Solat Maghrib atau Isya,
Sekiranya anda yang bertanya berada di luar daripada Jasin,anda boleh menghubungi dan membuat temujanji dengan Ustaz Yusle di talian 0123574294 atau hubungi perawat-perawat team Darussyifa Jasin melalui maklumat yang ada di sebelah kiri blog ini.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan