Malam tadi (malam Jumaat 29 Okt) Wak Berahim,Ust Yusle,Ust Zul,ust Saidi dan Ust Man ke Masjid Tanah Melaka.Perjalanan agak lewat sebab Wak lambat comfirmkan dengan sahabat-sahabat lain. Wak kesian dengan pesakit tu sebab hampir dua minggu tingal di wad hospital Melaka dan sepanjnag tinggal di wad sudah 30 pain darah telah masuk ke dalam badan tapi yang sangat menghairankan ialah kemana perginya darah tu . Doktor yang merawat pun hairan sehingga peralatan canggih yang digunakan untuk mengesan penyakit tersebut tidak diketahui.
6 Oktober nanti pesakit itu akan dihantar ke hospital Kuala Lumpur untuk dirawat dengan alat yang paling canggih. Kalau tak boleh kesan jugak....doktor pun tak tahu nak buat apa. Macam biasalah bila wak dan rakan-rakan yang lain datang ,kami baca Yasin dan berzikir mintak pada Allah Taala sembuhkan penyakit. Selepas baca Yasin dan berzikir kami pun merawat.
Ust man yang berada dihujung kaki terus tekan bawah tapak kaki pesakit...apa lagi pesakitpun terus sendawa dan terbelahak yang menunjukkan tanda-tanda awal gangguan pada badan pesakit tersebut.Wak baca di perut,Ust Saidi,Ust Zul dan Ust Yusle tuurt sama membantu.
Bila makhluk halus tu nak keluar,pesakit membuka mulut dan menghembus nafas sekuat-kuatnya. Setelah keluar pesakit terbaring kerana keletihan yang amat sangat. Pesakit debekalkan dengan daun bidara dan air Yasin untuk diminum dan buat mandi. Mudah-mudahan Allah Taala memberi kesembuhan kepada pesakit insyallah.
Macam biasa,bila balik singgahlah kami belah mulut !! balik jam 1.30 pagi.. penat jugak ekk !!
Kami sedia membantu anda yang menghidap penyakit fizikal juga gangguan makhluk halus. Waktu rawatan: pukul 8.30_10.30 malam.Setiap Isnin (malam Selasa ) & Khamis ( malam Jumaat )
MAKLUMAN
INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASINInfakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaunBank Islam 04-033-02-027914-3
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan