Banyak hadis Nabi s.a.w yang melarang mendirikan sembahyang di bilik
air kerana di sana mengandungi najis yang menjadi tempat tinggal
syaitan, begitu juga larangan bersembahyang di tanah perkuburan bagi
menutup pintu-pintu syirik dan juga disebabkan kubur adalah tempat
tinggal syaitan. Lebih-lebih lagi tempat yangt banyak berlaku perkara
shubhat dan kemaksiatan seperti di pasar-pasar, Nabi s.a.w pernah
berpesan kepada seorang sahabat baginda dengan mafhum sabdanya :
"Kalau boleh janganlah kamu
termasuk daripada orang yang awal masuk ke pasar dan jangan jadi orang
ayang terakhir keluar daripadanya kerana pasar tempat perjuangan
syaitan dan situlah ditegakkan benderanya".
Kebanyakan yang tinggal di bilik air ialah jin kafir yang merasa
seronok dengan bau yang busuk kerana memang jasad mereka busuk. Zaid bin
Adham menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, mafhumnya :
Sesungguhnya bilik air ini ada mengandungi jin, apabila salah seorang kamu masuk tandas hendaklah ia berkata “Ya Allah aku berlindung kepadaMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.”
Selain itu, jin juga tinggal di kampung-kampung, di gunung-ganung, dari
lembah-lembah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang disebut oleh
Abusy-Syeikh di dalam kitabnya "العظمكة" :
“Telah berlaku pertengkaran di antara jin Islam dan jin musyrikin,
maka mereka memohon kepadaku untuk menempatkan mereka, secara
berasingan. Maka aku letakkan jihn Islam di kampung-kampung dan gunung
ganang dan aku letakkan jin kafir di antara gunung dan laut.”
Jin juga tinggal di rumah orang Islam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Yazid bin Jabir, mafhumnya :
"Tidak adalah satu rumah daripada kaum muslimin melainkan di atap
rumah mereka ada golongan jin Islam. Apabila mereka meletakkan makannan
di waktu siang , golongan jin turun dan makan tengah hari bersama mereka
dan apabila manusia meletakkan makana malam mereka pun turun dan makan
malam bersama mereka itu".
Tetapi golongan jin tidak dapat masuk ke dalam rumah orang-orang Islam
apabila mereka membaca ayat-ayat Al-Quran di dalamnya sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w, mafhumnya :
"Apabila seorang lelaki masuk ke dalam rumahnya terus menyebut nama
Allah dan begitu juga ketika makan, maka syaitan berkata, maka tidak
ada tempat tinggal dan tidak ada tempat makan, dan apabila disebut nama
Allah ketika masuk tetapi tidak ketika makan maka syaitan berkata kamu
dapat makan tetapi tidak dapat tempat tinggal dan apabila tidak menyebut
nama Allah ketika masuk dan ketika makan maka syaitan mengatakan kamu
dapat tempat tinggal dan dapat makan".
Setiap rumah yang dibacakan surah Al Baqarah maka syaitan tidak akan
masuk ke rumah itu selama tiga hari dari tarikh membacanya itu
sebagaimana mafhum sabda Rasulullah s.a.w
"Jangan engkau jadikan rumahmu sebagai kubur sesungguhnya
rumah yang dibacakan surah Al Baqarah tidak akan dimasuki oleh syaitan".
Mafhum sabdanya lagi yang diriwayatkan oleh Sahl bin Saad :
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada kemuncaknya, sesungguhnya
kemuncak Al Quran itu adalah surah Al Baqarah, sesungguhnya sesiapa
yang membacanya dia rumahnya pada waktu malam, syaitan tidak akan masuk
selama tiga malam, dan sekiranya dibaca pada waktu siang mereka tidak
akan masuk selama tiga hari".
Maka untuk menghalang mereka masuk ke rumah kita selama-lamnya, hendaklah dibaca surah ini pagi dan malam.
Begitu juga apabila kita hendak memasuki rumah baru hendaklah dimulai
dengan membaca surah Al Baqarah bukan seperti sesetengah orang yang
menggunakan amalan-amalan syirik dengan bertepung tawar, dan menabur
beras kunyit yang tidak kena mengena dengan cara menghalau syaitan itu.
Sewajarnyalah kita kembali kepada ajaran Islam berdasarkan nas-nas Al
Quran dan hadis Nabi kita Muhammad s.a.w .
Untuk mengelakkan jin melihat aurat kita di bilik air ialah dengan
membaca bismillah sewaktu kita hendak memasukinya sebagaimana mafhum
sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib
k.w :
Tirai diantara mata jin dan aurat umatku ialah apabila salah seorang
antara kamu memasuki bilik air dia membaca bismillah. Imam Malik r.a
pernah meriwayatkan di dalam kitabnya Al Muwatta’ :
“Pernah diceritakan bahawa Saidina Umar Al Khatab r.a ingihn pergi
ke Iraq, maka Ka’bul Ahbar menasihatinya, jagan engkau pergi wahai
Amirul Mu’minin kerana di sana ada Sembilan persepuluh sihir dan
kejahatan dan di sana banyak golongan jin yang fasiq dan padanya ada
penyakit-penyakit yang susah sembuh”
Termasuk juga tempat-tempat yang disukai oleh syaitan ialah tempat
diantara cahaya matahari dan tempat teduh. Maksudnya diantara dua
kawasan itu, dan dalam hal ini Rasulullah s.a.w melarang kita duduk di
tengah-tengah kawasan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan