MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

18 Mei 2012

JIN & KEMATIANNYA

Jin seperti makhluk-makhluk yang lain juga hidup berkahwin dan beranak cucu dan akhirnya menemui ajal mereka. Kemudian di padang mahsyar mereka akan dihimpunkan dan dihitung segala amalan mereka. Firman Allah s.w.t bermaksud : "Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, Tuhan apa pun yang lain. tidak ada Tuhan (yang berhak disembah)


melainkan Dia. tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. bagi-Nyalah segala penentuan, dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan." Ibnu Abbas r.a menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Aku berlindung kepada kemuliaan Engkau yang tiada Tuhan melainkan Engkau yang tidak mati, tetapi jin dan manusia akan mati". Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa jin itu tetap mati. Yang timbul persoalan ialah apabila iblis memohon penangguhan kematiannya itu sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-Quran bermaksud : "Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan".Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Di dalam ayat ini Allah membenarkan penangguhan sehingga hari kiamat. Ibnu Abbas r.a berkata sesungguhnya Allah s.w.t menangguhkan kematian iblis sehingga tiupan yang pertama, tetapi iblis meminta tangguh sehingga tiupan yang kedua tetapi permohonan itu ditolak. Iblis bercadang agar tidak merasai kematian, oleh itulah kalau ia ditangguhkan sehingga selepas kebangkitan bermakna ia tidak akan mati. Abu Said al Khudri r.a meriwayatkan bahawa seorang sahabat telah membunuh satu jin yang menyamar sebagai seekor ular. Sabda Rasulullah s.a.w : "Sesungguhnya di Mainah ini ada jin yang telah Islam, kalau kamu melihat mereka, beri amaran selama tiga hari, kalau masih ada selepas itu bunuhlah kerana itu adalah syaitan." Kalau boleh dibunuh maknanya, jin akhirnya akan mati. Kalau tidak apa gunanya dibunuh mereka itu. Mereka juga mati terbakar setelah berusaha mencari berita dari langit sebagaimana firmanNya dalam surah Al Hijri ayat 18 yang bermaksud : "Kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang" Walau bagaimanapun yang ditangguh ini hanyalah iblis yang bernama Azazil sedangkan anak cucunya akan mati menemui ajal masing-masing kerana di dalam al-Quran menyebut bukan semua jin ditangguh kematian mereka. Ringkasnya , dapatlah dikatakan jin dan syaitan mati menemui ajal mereka masing-masing, tetapi Azazil yang hidup di syurga bersama Adam a.s dahulu ditangguhkan kematiannya berdasarkan permohonannya kepada Allah s.w.t dan dia akan mati pada saat akhir dunia ini iaitu setelah tiupan sangkakala yang pertama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan