Kami sedia membantu anda yang menghidap penyakit fizikal juga gangguan makhluk halus. Waktu rawatan: pukul 8.30_10.30 malam.Setiap Isnin (malam Selasa ) & Khamis ( malam Jumaat )
MAKLUMAN
INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASINInfakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaunBank Islam 04-033-02-027914-3
06 April 2012
Ikhlas beribadat hindar perbuatan maksiat
Assalamualaikum,Perawat Drussyifa' Jasin serta semua pembaca yang budiman.
UMAT Islam diingatkan oleh Allah SWT bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Saidina Ali berkata: “Hai dunia, tipulah orang lain selain aku. Aku telah menceraimu dengan talak tiga. Umurmu pendek, perhiasanmu sulit dan bahayamu sangat besar. Betapa sedikit bekalku, betapa panjang perjalananku dan betapa sunyi jalanku.”
Justeru, dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT, manusia dapat digolongkan kepada dua golongan. Pertama, mereka yang taat dan patuh menjalankan perintah Allah SWT dan kedua, mereka yang ingkar dengan ketentuan serta ketetapan Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bandingan dua golongan itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; adakah kedua-dua golongan itu sama keadaannya, maka tidakkah kamu mengambil peringatan.” (Surah Hud, ayat 24)
Orang yang beriman menyerahkan kehidupan kepada Allah SWT. Mereka lebih mementingkan keredaan Allah SWT daripada bermewah dengan kehidupan dunia, menjaga solat, menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan tidak berguna.Menafkahkan harta mereka ke jalan Allah SWT, menjaga kemaluan atau kehormatan daripada kemungkaran, tidak melampaui batas dalam bertindak dan sentiasa menjaga amanah. Sebaliknya bagi yang ingkar dan maksiat, mereka berpegang teguh dengan tali syaitan yang menguasai kehidupan mereka.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Syaitan telah menguasai mereka, sehingga mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah puak syaitan. Ketahuilah, bahawa puak syaitan itu orang yang rugi.” (Surah al-Mujadalah, ayat 19)
Musuh Allah SWT iaitu syaitan menggunakan dua cara untuk mewujudkan pintu godaan ke lembah maksiat, dengan lisan ataupun perbuatan. Cara lisan lebih penting daripada perbuatan kerana di situlah terhimpun segala pujuk rayu dalam jiwa.
Saidina Mu’adz pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan yang dapat memasukkan ke syurga dan menjauhkan daripada api neraka. Maka Rasulullah SAW memegang lidahnya sendiri lalu bersabda: “Hendaklah kamu menjaga ini. Selanjutnya Baginda bersabda: Sesungguhnya kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita perkatakan.”
Allah SWT menyingkap rancangan musuh-Nya sebagai pintu masuk yang merosakkan manusia antara lain, ajakan kepada kejahatan, menanam rasa takut miskin, menyemai nilai dusta, menanamkan permusuhan antara individu, keluarga dan masyarakat.
Mencegah daripada mengingati Allah SWT dengan kesenangan atau kesulitan, menghalalkan apa yang diharamkan Allah SWT, menanam rasa putus asa, takjub, ego, takbur, memperbanyakkan harta untuk sekadar disimpan bukan kepentingan umum.
Hasil daripada Allah SWT menyingkap pintu musuh Allah ini, maka lahirlah manusia terpaut dengan ajakan serta bisikan yang mendatangkan kerosakan pada kehidupan manusia itu sendiri. Dengan godaan, akhirnya ramailah manusia bergabung menjadi pengikut kemaksiatan ini.
Bagi menutup pintu maksiat, hendaklah kita sedar dan insaf bahawa pintu taubat sentiasa terbuka. Mereka yang ingin bertaubat dan hidup tanpa maksiat hendaklah ikhlas serta menyerah diri sepenuhnya kepada Allah SWT untuk mengelak diperhambakan hawa nafsu.
Dalam kehidupan hari ini ramai menghadapi penyakit hidup bermaksiat. Ingatlah, kejadian yang berlaku masa kini seperti gejala sosial, keruntuhan akhlak, kes jenayah, pembunuhan, penindasan, membunuh diri, kejahatan, kezaliman adalah perbuatan yang dipengaruhi hawa nafsu.
Mereka yang menjadikan nafsu sebagai petunjuk kehidupan akan gagal, resah kerana diburu rasa bersalah kepada Allah dan diri sendiri.
Marilah kembali ke jalan yang benar dengan melakukan amal soleh, menutup pintu maksiat dan mengingati akhirat supaya kita sedar hakikat kehidupan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan