MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

03 April 2012

DEMAM CAMPAK ,CARA RAWATAN

Tanda-tanda Campak : 
  • mata merah, bengkak
  • batuk (kerana bintik-bintik tumbuh di dalam)
  • peluh berbau hanyir..
  • bagi kanak-kanak (menangis lebih)

*jangan makan ubat untuk menurunkan panas badan, biarkan panas tersebut sekurang-kurangnya 3 hari, agar campak tersebut tidak terbantut.
*selepas 3 hari, campak akan keluar (bintik2 merah).
*Jika tidak dapat menahan kepanasan badan tadi, gunakan kain yang lembap, dan lap dibadan, di bawah ketiak atau letakkan di atas dahi.

Cara Merawat :
  • Selepas campak keluar, gunakan cara berubat ini.
  • Bagi pesakit minum air kelapa (bukan kelapa gading @ kuning), dengan makan sedikit isi kelapa untuk beberapa hari.
  • Bacakan doa pada bahan dan air kelapa.
  • Kerapkan mandi, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas badan dan akhir sekali barulah kepala.
Kelapa hijau (digunakn untuk berubat)

Kelapa gading. (tidak digunakan untuk berubat)

Tanda campak telah habis :
  • akan kelihatan bintik-bintik merah ditapak kaki
Jika tidak dapat menahan gatal :
  • jika tidak tahan akibat campak yang keluar dengan banyak.
  • gunakan daun mamu @ mambu.
  • letakkn dibawah bantal, tilam, katil.
  • masukkn daun mamu dan pecah-pecahkan daun tersebut ke dalam timba, isi kan air dan mandi dengan air tersebut.
Daun Mamu @ Mambu.

Pantang larang :
  • tidak boleh terkena air hujan. (akan meninggalkan parut hitam)
  • tidak boleh mandi laut (selama 6 bulan)
Bagi menghilangkan parut hitam :
  • daun asam jawa dan bedak sejuk asli.
  1. tumbuk hingga lumat daun asam jawa tadi dan campurkan dengan bedak sejuk.
  2. sapukan diseluruh badan pada waktu malam sebelum tidur.
  3. pada pagi nya, mandi dengan air yang telah didoakn.
  4. amalkan 3 kali sehari selama 3 hari berturut-turut.
Bedak sejuk asli (tidak semestinya keluaran HPA)

Daun Asam Jawa

InsyaAllah, campak akan sembuh dan parut akan hilang. Semoga Allah menyembuhkan kita semua.

Kombinasi ayat yang perlu dibaca:
  1. Al-Fatihah
  2. Selawat Syifa
  3. lau anzalna.... (surah Al-Hasyr 21~24)
Selawat Syifa'

Surah Al-Hasyr 21-24
 Rujukan/Sumber : Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (2011) Rawatan Penyakit Jasmani (I). Jilid 2. Bandar Baru Bangi. Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia & Koperasi Darussyifa' Berhad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan