Adalah dimaklumkan bahawa Darussyifa' Jasin akan mengadakan program Perjumpaan Nisfu Syaaban semua perawat Darussyifa' Cawangan Jasin pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 4 Julai 2012 (Rabu)
Masa : 6.15 petang
Tempat : Medan Ikan Bakar Saba Aur (Muar)
Semua perawat dikehendaki berkumpul di perkarangan Pusat Rawatan Islam Darussyifa' Jasin pada jam 6.15 petang dan akan bertolak tepat jam 6.30 petang.
Tentatif program :
6.15 petang - berkumpul di perkarangan Darussyifa' Jasin
6.30 petang - bertolak di Saba Aur Muar Johor
7. 22 malam - Solat Maghrib
8.00 malam - Tazkirah Ust Faisol Sheikh Mohamad (Penasihat Darussyifa' Jasin) dan perbincangan
8.15 malam - Jamuan ikan bakar
10.00 malam - bersurai
Objektif Program :
1. Merapatkan silaturrahim semua perawat Darussyifa' Jasin
2. Mendengar amanat penting pengerusi/penasihat Darussyifa' Jasin
3. Berbincang dan bertukar -tukar pendapat bagaimana mempertingkatkan lagi peranan Darussyifa dalam konteks membantu masyarakat seperti yang disarankan oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din dan juga pengerusi Darussyifa' Pusat Tuan Haji Rahman Ahmad.
4. Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan Darussyifa Jasin untuk dimuhasabah.
Semua perawat Darussyifa' Jasin diminta mengesahkan kehadiran kepada Tuan Setiausaha Ustaz Azrul.
Harap semua perawat melapangkan masa untuk program tersebut .Terima kasih
Kami sedia membantu anda yang menghidap penyakit fizikal juga gangguan makhluk halus. Waktu rawatan: pukul 8.30_10.30 malam.Setiap Isnin (malam Selasa ) & Khamis ( malam Jumaat )
MAKLUMAN
INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASINInfakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaunBank Islam 04-033-02-027914-3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan