MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

23 Mac 2012

PENGALAMAN TUAN GURU MASUK KAABAH

Thursday, January 20, 2011

Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.
Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.
Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.
Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.
Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.
Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.
Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.



Saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.
Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.
Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”
Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”
Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.

MELAKAR SEJARAH

Pada 20 Mei 2010, Darussyifa' telah melakar sejarah apabila telah menandatangani MOU dengan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS). Dengan termenterainya perjanjian ini, buat pertama kalinya Diploma Pengubatan Islam akan diajarkan di peringkat universiti di negara ini.

( PETIKAN DARI LAMAN WEB DARUSSYIFA' BANGI )

22 Mac 2012

IKHTIAR RAWATAN BARAH & KANSER


Barah-

  • ia merupakan sejenis penyakit yang merbahaya dan merupakan pembunuh yang sgt berjaya di Malaysia
  • Sering dikaitkan dengan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak, terdedah kepada kimia, akibat serangan Hepatitis B, dan pengambilan ubat2 yang tertentu.
  • Ia berlaku apabila sel-sel yang tumbuh itu terus membentuk dan menjadi kumpulan sel yang kelihatan bengkak.
  • apabila sel-sel ini bengkak dibahagian-bahagian tertentu, maka ia boleh menyekat salur darah dan boleh menyebabkan kerosakan dibahagian lain.
  • penyakit ini apabila dibiarkan boleh menyebabkan jangkitan ke bahagian lain seperti pundi kencing, buah pinggang dan seumpamanya.
Jenis & Punca-
  • Barah Pangkal Rahim - melakukan hubungan jenis rambang dengan ramai pasangan berkemungkinan akan menyebabkan penyakit ini. ia berlaku kerana jangkitan kuman kepada pangkal rahim.
    • Tanda2 - berlaku pendarahan yang tidak tentu, keluar keputihan yang busuk dan berdarah, pendarahan selepas melakukan hubungan kelamin, ataupun berlaku pendarahan selepas putus haid (menopause).
  • Barah paru-paru - kebanyakan punca ianya terjadi diakibatkan oleh pengamalan menghisap rokok.we all know about that right?
  • Barah Nasofarink - berlaku disebabkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam secara terus-menerus dalam jumlah banyak dalam jangka masa panjang. Ikan masin atau lobak masin mengandungi jumlah garam yang banyak.
      Gambar 1: Kedudukan Nasofarink dalam tubuh manusia.
  • Tanda2 - Ketumbuhan berupa benjolan atau berlaku pembesaran kelenjar leher. Hidung tersumbat, atau seperti masalah selesema namun lebih kerap dari biasa diiringi hingus pekat atau berwarna. (more info)
  • Barah Tulang -   kehadiran tumor pada mana-mana bahagian tulang dalam tubuh manusia. (more info about bone cancer)

  • Gambar 2: Kehadiran tumor pada tulang.
Kaedah Rawatan
  • Bahan rawatan yang dinyatakan adalah secara herba dan ayat al-Quran. Sebaiknya kita usaha dengan menggunakan rawatan moden dan juga secara herba. Allah jugalah yang Maha Penyembuh segala penyakit.
  • Bahan-bahan rawatan yang perlu disediakan untuk merawat sakit ini ialah :

  1. air yang telah didoakan
  2. kapur kulit kerang.
  3. Rumput Sambau
    Gambar 4: Rumput Sambau
  4. Sebiji Mangkuk Putih
    Gambar 5: Mangkuk putih tanpa corak
  • Bacaan doanya ialah:
  1. Al-Fatihah( lebih baik apabila dibaca dengan 1 nafas)
  2. Surah Al-Ikhlas dibaca 4 kali (lebih baik dibaca dengan 1 nafas).
 

      3. Ayat Pengecil

Ayat Pengecil 
       4. Surah Al- Qalam, ayat 1-3 (lebih baik dibaca dengan 1 nafas)

21 Mac 2012

Cara Menggunakan Daun Bidara


Salah satu ikhtiar yang diusahakan di Darussyifa’ ialah rawatan menggunakan daun bidara. Ia secara khusus digunakan dalam merawat penyakit-penyakit bersifat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir. Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam mengatasi orang yang terkena sihir.

Antara dalilnya ialah sebagaimana yang dsebutkan oleh Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali Ibn Battal al-Maliki yang mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir :

“(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara dua batu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup sekurang-kurangnya sekali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”

Dalam contoh lain, Nabi SAW juga menjelaskan bahawa ketika memandikan mayat selain dimandikan dengan air bersih, salah satu mandian mayat tersebut perlu menggunakan campuran air dengan daun bidara. Ini menunjukkan terdapat khasiat khusus pada daun bidara sehingga digunakan ketika memandikan mayat.

Kaedah rawatan :
Ambil sekurang-kurangnya 21 helai daun bidara untuk kegunaan tiga hari iaitu setiap hari menggunakan 7 helai. Ambil tujuh helai daun bidara ini kemudian tumbuk dengan lesung batu sehingga separuh hancur. Campurkan daun yang separuh hancur itu dengan air yang telah didoaka. Minum sedikit air ini kemudian dibuat bilasan mandi di waktu petang. Lakukan kaedah ini selama tiga hari berturut-turut.

Rujukan : Rawatan Penyakit Jasmani (I), Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din

19 Mac 2012

Merawat Di Batu Pahat


Pada 11.03.2012,perawat Darusyifa Melaka telah diundang untuk merawat di Batu Pahat.Program diadakan sempena majlis ramah mesra penduduk di Taman Mesra Batu Pahat.Seramai 10 orang perawat dari Melaka telah hadir.Sambutan daripada penduduk setempat amat menggalakan.Ribuan terima kasih kepada AJK Taman yang telah menjemput kami.

 Di antara penduduk setempat yang hadir

 Utz.Faisol sedang memimpin bacaan Yaasin

Wak Berahim,Wak Seli & Wak Man ( WM )

RENUNGAN

18 Mac 2012

AIR KENCING BABI ?

"Ustaz, anak perempuan saya ni sedang belajar di sebuah kolej di Melaka. Sejak beberapa minggu ni dia asyik tidak sedarkan diri. Ini menyebabkan pelajarannya terganggu. Untuk makluman ustaz anak saya ni ada seorang teman lelaki,baru-baru ini teman lelakinya ada beri beberapa botol "ubat" berbentuk spray dan juga minyak wangi. . Saya muskil dengan apa yang diberikan itu,jadi saya paksa dia berterus terang kepada saya apakah sebenarnya botol-botol kecil dan spray serta ayat-ayat berbentuk memuja itu?


Setelah didesak,alangkah terkejutnya saya,rupa-rupanya cecair tersebut adalah najis babi ! dan semua bahan yang saya bawa itu  adalah najis !  Celaka punya jantan !!"

Itu adalah sebahagian daripada masalah masyarakat yang berlaku dalam masyarakat kita yang diceritakan semasa rawatan ahad lepas.
Moralnya,kita mestilah berhati-hati dengan siapa sahaja walaupun orang berkenaan baru kita kenali kerana kadang-kadang mereka mengambil kesempatan dengan mengenakan sihir dan sebagainya.

DARUSSYIFA JASIN AKAN BUKA PUSAT RAWATAN

Darussyifa Jasin akan  membuka purat rawatan terbaru di Taman Maju. 
Tunggu kemunculan kami di Jasin.
Anda yang berada di sekitar Jasin akan memperolehi manfaat daripada pembukaan pusat rawatan tersebut.
Kami akan maklumkan tarikh dan masa pembukaan pusat rawatan berkenaan.