Assalamualaikum
Allahu Akhbar,Allahu Akhbar,Allahu Akhbar.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,para sahabat,ahli keluarga,para tabien serta seluruh mukmimin dan mukminat. Alhamdulillah, Allah taala anugerahkan kesihatan dan umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi di hari yang mulia ini.
Team Darussyifa Jasin ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Iduladha atau Hari Raya Qurban kepada seluruh umat Islam khususnya kepada Al Fadhil Tuan Guru Dato Haron Din selaku penaung Darussyifa Pusat serta ahli keluarga,tidak lupa juga kepada saf pimpinan Darussyifa pusat yang diterajui oleh Al Fadhil Tuan Haji Abdul Rahman serta jawatankuasanya juga kepada pimpinan Darussyifa Melaka yang dipimpin oleh Ustaz Faisol Sheikh Mohamad serta ahli-ahli Team Darussyifa Jasin.
Hari besar yang kita sambut saban tahun ini demi memperingati peristiwa qurban Nabi Ibrahim dan anaknya yang menjadi hari kebesaran seluruh umat Islam.Oleh yang demikian sempena dengan sambutan Hari Raya Qurban ini maka marilah kita mempersiapkan diri mengorbankan masa,tenaga,wang ringgit hatta nyawa kita demi mempertahankan agama suci yang kita anuti ini
Team Darussyifa Jasin juga mengambil kesempatan merakamkan ucapan salam dan mohon berbanyak kemaafan kepada semua perawat dan juga pesakit yang pernah kami rawat. Sesungguhnya sakit dan sihat adalah anugerah Allah,Dia yang memberi sakit dan Dia juga yang menyembuhkan,kita hanya berikhtiar untuk merawat dan mencari kesembuhan.Apa yang penting kta haruslah bannyak besabar dengan memperbanyakkan amal ibadat seperti berzikir,membaca Al Quran,mendirikan solat-solat wajib dan sunat serta menginfakkan kekuatan kita melalui masa,tenaga,wang ringgit ke arah yang diredai oleh Allah Taala.
Kepada rakan-rakan team Darussyifa Jasin antaranya yang pulang ke kampung halaman seperti di Terengganu,Pahang,Selangor,Batu Pahat dan di mana jua anda berada,mudah-mudah Allah Taala mempermudahkan setiap urusan. Amin Ya Rabbalalamin.
Selamat berkorban dan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban.
Kami sedia membantu anda yang menghidap penyakit fizikal juga gangguan makhluk halus. Waktu rawatan: pukul 8.30_10.30 malam.Setiap Isnin (malam Selasa ) & Khamis ( malam Jumaat )
MAKLUMAN
INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASINInfakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaunBank Islam 04-033-02-027914-3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan