Dua hari lepas perawat Darussyifa' Jasin telah merawat seorang pesakit dari Puterajaya. Dalam keadaan badan yang sihat dan kelat sedikit riak muka maka ianya telah dirawat. Seperti biasa perawat bertanya apa masalah yang dihadapi,beliau berkata buang air berdarah,tak boleh buang air kecil dan sakit dibahagian punggung dan perut. Menurut isterinya suaminya telah menahan sakit berguling-guling sejak dari pagi lagi.
Semasa dibacakan dengan tangan di atas kepala,pesakit telah mula meronta-ronta dan terus berdengus serta minta tolong untuk keluar dari badan. Sedikit tekanan yang diberikan menyebabkan pesakit menjerit dan apa bila ditanya ada berapa ekor jin yang ada dalam badan,ia berkata ada 3 ekor..Pertama ada di punggung sehingga pesakit berak berdarah,kedua berada di pangkal peha sehingga pesakit tidak boleh kencing dan ketiga berada di perut menyebabkan pesakit rasa sakit yang amat sangat.
Setelah berjanji untuk keluar maka pesakit pun sedar dan sembuh seperti sedia kala.
Pembaca yang budiman,kita tidak tahu bagaimana makhluk halus boleh masuk ke dalam badan. Apa yang perlu kita lakukan ialah banyakkan solat,zikir,bacaan AlQuran serta buat pendinding seperti yang diajarkan.di samping itu hindarilah dari perbuatan maksiat dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggallkan apa yang dilarang . Insyallah. Allah memerlihara kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan