MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

23 April 2012

BICARA AHLI

Admin telah padam semua gambar ahli Darussyifa' Jasin yang terdapat di dalam blog ini. Pada mulanya penulis menganggap meletakkan nama-nama tersebut memberi peluang kepada orang ramai mengenali perawat Darussyifa' Jasin dan tidak terkeliru dengan perawat-perawat yang  menyamar sebagai perawat Darussyifa' tetapi  tidak semua yang kita  jangka baik,baik pada orang lain.

Tak apalah kita ambil pendekatan yang tidak ada konfrantasi dengan pihak lain dan jika ada sekelumit aduan atau salah faham, pihak Darussyifa' Jasin akan mengambil tindakan segera apatah lagi Darussyifa Jasin belum pun berumur sebulan ! Kami sangat menjaga nama baik Darussyifa yang di naungi Tuan Guru Dto Dr Haron Din serta pengerusi Darussyifa Pusat Tn Hj Abdul Rahman Ahmad yang bergitu komited dengan Darussyifa'.

Sebagai perawat, penulis dan rakan-rakan yang punya 7 tahun  pengalaman ada yang lebih dari itu ,berbagai ujian dan dugaan yang terpaksa dilalui baik kecil mahupun besar,pada diri mahupun keluarga. Alhamdulillah semua itu dengan berkat keikhlasan dan pertolongan Allah dapat diatasi. Usaha membantu masyarakat khususnya yang terkena gangguan baik di mana sahaja  selalunya diterima dengan baik. Bukan tujuan ahli untuk disanjung atau dikenali tetapi sumbangan kepada masyarakat tersebut  dihargai oleh masyarakat keseluruhannya. 

Perawat  tidak dibayar untuk merawat,jika  adapun sekadar duit minyak kereta dan juga minum dalam perjalanan balik. Kadang-kadang tidak diberi apa-apa pun walaupun perjalanan jauh dengan 2 buah kereta sejauh Pagoh,Johor.Bukan menjadi satu polisi kepada perawat menentukan bayaran kepada orang ramai ! Malah itu semua sudah menjadi asam garam kami perawat-perawat Darussyifa,tiada sungutan mahupun cercaan. Sesungguhnya Allah menentukan segalanya.

Khidmat Persatuan Pengubatan dan Kebajikan Darussyifa khususnya di Jasin ini sudah merentasi sempadan geografi. Kami telah panggil sehingga keluar dari negeri Melaka seperti negeri-negeri berdekatan Johor,Negeri Sembilan,Singapura malah telah dipanggil sehingga ke Selangor,Kedah,Pahang,Kelantan juga sehingga ke Bintulu Serawak.Antara tempat-tempat  yang di rawati ialah bangunan kilang,logi penapisan minyak,bangunan kerajaan,kedai ,restoran,rumah persendirian dan banyak lagi. Sekolah lah yang paling banyak memanggil khidmat Darussyifa kerana pelajar-pelajar mereka yang terkena hesteria dan juga gangguan makhluk halus.

Pengalaman merawat sekolah yang terkena hasteria kadang-kadang amat mengecewakan. Tak perlulah penulis sebut nama sekolah tersebut. Apa yang mengecewakan perawat ialah pihak pentadbiran khususnya guru besar atau pengetua tidak menganggap merawat itu satu keperluan. Buktinya ialah mereka melepaskan tanggungjawab tersebut kepada HEM atau penyelia asrama. Mereka inilah yang kontang-kanting ke hulu ke hilir mencari keperluan yang dikehendaki oleh perawat. Komitmen daripada pentadbir serta guru-guru untuk bersama dalam majlis tersebut amat sedikit sekali. Sebab itulah Darussyifa' Pusat telah mengarahkan Darussyifa cawangan-cawangan pastikan ada surat permohonan dari pihak sekolah untuk mendapatkan rawatan Darussyifa' supaya tidak timbul apa-apa masalah seperti  perawat menceroboh dan sebagainya..

Perawat Darussyifa pula terdiri daripa berbagai latar belakang pendidikan.Ada yang menjadi guru,ustaz,bekas pengetua,jutera,kaki tangan kerajaan yang lain juga swasta. Kebanyakannya ialah dari kalangan pendidik kerana kebanyakannya terlibat degan murid atau asrama serta masyarakat secara langsung.Kesungguhan yang mereka berikan untuk membantu masyarakat seharusnya dihargai oleh ketua jabatan atau orang yang lebih atas lagi. Janganlah cari ruang menyalahkan orang bawahan kerana itu dan ini yang tak tahu apa atau agenda sebenarnya.

wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan