JASIN 30 MAC -Usaha ahli-ahli Darussyifa' Jasin membuka pusat rawatan di Taman Maju Jasin amat dialu-alukan oleh orang ramai. Menurut mereka langkah tersebut memudahkan orang ramai mendapatkan rawatan alternatif selain daripada rawatan moden yang ada pada hari ini.Di Melaka juga terdapat dua pusat rawatan Darussyifa' iaitu di Madrasah Arrahmah,Solok Gaung Air Molek Melaka yang dibuka setiap Ahad sementara di Sungai Rambai dibuka setiap hari Sabtu.
Pusat rawatan Darussyifa' Jasin yang dibuka pada waktu malam iaitu pada Isnin dan Khamis,memberi peluang pada orang ramai yang tidak mempunyai masa di waktu siangnya. Menurut salah seorang yanag ditemui oleh penulis, ianya memudahkan mereka mendapatkan rawatan kerana bekerja di siang hari dan agak susah untuk mendapatkan cuti.
Mereka yang ingin dapatkan rawatan khususnya berkaitan dengan gangguan,boleh dapatkan maklumat melalui blog ini atau menghubungi mana-mana perawat yang tertera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan