MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

21 November 2011

TUAN GURU DATO DR HARON DIN NAFI PINDAHKAN JIN DENGAN BAS

Seringkali orang bertanya sama ada secara terus kepada Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din atau melalui anak murid beliau, Adakkah beliau pernah memindahkan jin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke suatu tempat lain dengan menggunakan bas? 

Cerita ini telah lama tersebar luar dan menjadi buah mulut orang ramai dan juga orang-orang kenamaan semenjak dahulu lagi. Cerita seumpama ini sebenarnya ini telah mengundang fitnah kepada Tuan Guru Dato’ Haron Din dan institusi Darussyifa' yang diasaskan oleh beliau.

Adalah DITEGASKAN di sini bahawa Tuan Guru Dato’ Haron Din tidak pernah melakukan kerja pemindahan jin seperti itu. 

Adalah DITEGASKAN juga bahawa cara dan kaedah pemindahan jin atau penangkapan jin TIDAK ADAdan BUKAN yang dipraktikkan oleh Tuan Guru dan Institusi Darussyifa’, baik di pusat atau mana-mana cawangannya. 

 Haruslah diingatkan bahawa kata-kata ulamak “Daging Para Ulamak itu Beracun”. Maksudnya orang yang memfitnah para ulamak dengan cerita bohong seperti memakan racun yang berbisa dan akan memusnahkan dirinya sendiri. Rasulullah bersabda, “Para ulamak itu adalah pewaris nabi-nabi”. Jadi dosa memfitnah para ulamak sepertilah dosa memfitnah para nabi. Diharapkan  dengan penafian ini akan menghentikan sebarang khabar berita palsu seumpama itu daripada terus menerus berleluasa dalam masyarakat.

Di sini direkodkan kenyataan beliau:
        “Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja macam itu.” - Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

Tiada ulasan:

Catat Ulasan