Darussyifa' Jasin dalam proses memiliki bangunan sendiri di Jasin Melaka. Oleh yang demikian pihak kami sangat memerlukan sumbangan anda dalam bentuk kewangan demi merilisasikan impian dan harapan agar tertegaknya sebuah pusat rawatan Islam khususnya di Selatan Tanah Air.Ketika ini kami telah berjaya mengumpulkan sejumlah wang untuk proses awal tetapi jumlah yang diperlukan lebih dari itu.
Pihak kami ada menyediakan sijil waqaf yang bernilai RM50.00 untuk satu kaki persegi dan masih lagi menjualnya kepada orang ramai khususnya kepada umat Islam. Di samping itu juga kami mengalu-alukan sumbangan dan derma daripada orang r amai yang berhajat untuk menginfakkan atau mewaqafkan kepada arwah ibubapa,saudara mara, atau siapa sahaja di samping untuk diri sendiri.Semua sumbangan boleh disampaikan melalui bendahari atau sesiapa sahaja jawatankuasa Darussyifa' Jasin atau masukkan terus ke akaun bank Islam seperti nombor yang disediakan di atas blog ini.
Semoga Allah memberkati usaha baik kita bersama ,insyallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan