Kami sedia membantu anda yang menghidap penyakit fizikal juga gangguan makhluk halus. Waktu rawatan: pukul 8.30_10.30 malam.Setiap Isnin (malam Selasa ) & Khamis ( malam Jumaat )
19 Oktober 2012
PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA'JASIN TERUS MENDAPAT SAMBUTAN
Pusat Rawatan Islam Darussyifa' Jasin adalah sebuah pusat rawatan yang bernaung di bawah Darussyifa' Pusat. Ia terletak di Taman Maju bertempat di tingkat satu belakang Klinik Zanawati berhampiran dengan stesen minyak Shell.
Semenjak dibuka kira-kira 5 bulan lalu hampir 600 orang telah mendapatkan rawatan di pusat itu. Ini menunjukkan bahawa rawatan alternatif yang diwujudkan oleh Darussyifa' mendapat sambutan masyarakat setempat.Dipusat rawatan ini kita ada 24 orang perawat yang ditugaskan secara bergilir dengan 3 kumpulan perawat yang bertugas pada setiap hari Isnin dan Khamis bermula 7.30 malam hinggalah jam 10.30 malam.Sebelum rawatan,majlis bacaan Yasin dan zikir bersama perawat dan pesakit bermula selepas solat Maghrib. Oleh yang demikian pesakit digalakkan datang awal kerana bacaan Yasin dan zikir juga merupakan salah satu kaedah merawat.
Bagi mereka yang ingin memagar bangunan kedai,rumah,sekolah dan sebagainya daripada gangguan makhluk halus,anda boleh menghubungi koordinator Darussyifa' Jasin iaitu Ustaz Yuslee b. Hj Yusof(lihat no tel sebelah kiri web) yang mengatur semua program luar.
Anda yang ingin mendapatkan rawatan digalakkan hadir di pusat rawatan kami seperti alamat yang tertera .Pihak kami akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang sewajarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan