04 April 2012

9 APRIL 2012 PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA JASIN DIBUKA

9 April 2012 bersamaan dengan hari Isnin Pusat Rawatan Darussyifa' Jasin akan dibuka.Bertempat di belakang Klinik Zanawati ( berhampiran dengan Stesen Minyak Shell Taman Maju Jasin). Program akan bermula jam 7.00 petang diikuti dengan solat Maghrib,bacaan Yasin dan zikir oleh perawat-perawat Darussyifa' Jasin. Semua Perawat Darussyifa' Jasin diminta hadir .


Mereka yang ingin mendapatkan rawatan bolehlah datang ke Pusat Rawatan tersebut kerana rawatan bermula selepas Maghrib sehingga jam 10.30 malam. . Untuk makluman pembaca, Pusat Rawatan Darussyifa' Jasin akan dibuka mulai 9 April 2012, 2 kali seminggu setiap Isnin malam Selasa dan Khamis malam Jumaat. Sila hebahkan kepada orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan