MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

27 April 2016

PUSAT RAWATAN BAHARU

ASSALAMUALAIKUM..
Untuk makluman tuan/puan,pusat rawatan Darusyifa Jasin telah berpindah ke bangunan baru.Bangunan ini dapat di dirikan hasil daripada sumbangan dan wakaf orang ramai.Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang menghulurkan bantuan dan derma.Semoga ALLAH membalas segala kebaikan tuan/puan dengan sebail-baik balasan.

07 Oktober 2015

SAHAM WAKAF PEMBINAAN PUSAT RAWATAN ISLAM DARUSSYIFA',JASIN

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Kami memohon jasa baik tuan / puan untuk menghulurkan sumbangan seikhlas hati bagi menyiapkan Pusat Rawatan Islam Darussyifa' Jasin.Sumbangan boleh dalam bentuk cek atau tunai ke akaun berikut:

Bank Islam 04-033-02-027914-3
Semoga ALLAH membalas dengan sebaik-baik balasan di atas sumbangan tuan / puan.
Terima Kasih

11 Mac 2015

PENAFIAN

KENYATAAN PENAFIAN



(1) Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Rawatan Islam Darussyifa' tidak mempunyai hubung kait dengan Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang terletak di Sungai Pusu, Gombak.  Artis terkenal tanahair yang bernama Saudara Ashraf Muslim juga tidak pernah menjadi ahli Darussyifa'. Kenyataan ini dibuat kerana beberapa blog telah melaporkan bahawa Saudara Ashraf Muslim sekarang terlibat dengan rawatan Islam Darussyifa' Gombak.

(2) Adalah dimaklumkan bahawa, Ustaz Mohd Tirmizi Zainal bukan ahli Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa'), beliau pernah mendaftarkan diri untuk menghadiri Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' cawangan Kuching Sarawak pada akhir tahun 2009 tetapi telah menarik diri dan tidak menamatkan kursus tersebut. Kenyataan ini dibuat kerana ada blog yang melaporkan bahawa Ustaz Mohd Tirmizi Zainal adalah ahli Darussyifa' Malaysia.

Sekian, dimaklumkan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Haji Jufry,Darussyifa' Bangi di 019-363 4124

DOA MELINDUNGI DIRI

AL-FATIHAH

Semua Perawat DARUSSYIFA' Melaka khususnya,mengucapkan Takziah kepada Uts.Kamalruzaman bin Ahmad Pengerusi Darusyifa Cawangan Jasin.Kakak beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari Rabu,11/03/2015 pukul 7.00 malam.Semoga ALLAH menempatkan rohnya bersama golongan orang-orang beriman dan di RedhaiNYA.

03 Mac 2015

PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA TIDAK MENGENAKAN APA-APA BAYARAN

Seringkali perawat Darussyifa' ditanya mengenai wang yang harus dibayar bila mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Darussyifa'. Ada diantara mereka yang pernah pergi di pusat-pusat rawatan lain yang ada menggunakan perkataan syifa dan dikenakan bayaran sehingga beratus-ratus ringgit  sehingga mereka tidak mampu membayarnya.
 
Mintak maaf....pergilah di mana-mana pusat Rawatan Islam Darussyifa di Malaysia ini,tidak dikenakan apa apa bayaran rawatan kecuali air yang telah dirukyahkan itupun mengikut harga air semasa . Darussyifa hanya menyediakan tabung infaq/derma bagi sesiapa yang hendak menderma bagi tujuan bayaran bil elektrik dan juga air. Darussyifa tidak terlibat dengan apa -apa bayaran dan tuduhan yang mengatakan Darussyifa menjual minyak,kayu koka dan sebagainya adalah tidak benar dan menyalahi dengan apa yang ditetapkan oleh Darussyifa' Pusat.
 
Datanglah di mana-mana pusat rawatan  darussyifa di Malaysia yang jumlahnya berpuluh-puluh,anda pasti akan kami layan dengan baik dan yang pasti tidak ada bayaran yang dikenakan tidak terkecuali dengan Darussyifa Jasin. Kunjungi kami di Taman Maju Jasin berhampiran dengan stesen minyak Shell di belakang bangunan 7-E. Dibuka setiap hari Isnin dan Khamis bermula jam 8.00 malam.

DOA SUPAYA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN HAJAT

BAGAIMANA MENGHINDARKAN DIRI DARI SIHIR

Menghindarkan diri dari sesuatu yang tidak diingini diistilahkan sebagai al-wiqaayah. Al-wiqaayah adalah suatu yang dituntut Islam, malah dalam pengunaan kata-kata yang terkenal, menjaga diri sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti penyakit, adalah lebih baik daripada mengubati penyakit itu jika terkena.
Dalam Islam, banyak disarankan ikhtiar kepada manusia untuk menghindarkan diri dari sihir, setidak-tidaknya yang senang kita fahami, ada surah di dalam al-Quranul karim yang selalu digunakan oleh ramai masyarakat kita sebagai ayat pelindung yang dipanggil dengan istilah al-muawwizat, iaitu tiga surah terakhir iaitu Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas.
Kita dianjurkan mengamalkannya sebagai satu perlindungan bagi menghindar diri daripada sihir dan banyak lagi ayat-ayat lain seperti ayatul kursi.
Boleh ikhtiar untuk menghindar dari syaitan, sihir dan niat jahat manusia, iaitu sentiasa mendampingi Allah S.W.T dengan menghias diri melakukan amal kebajikan serta menghindar diri daripada kemaksiatan.
Zikir kepada Allah, berdoa kepada Allah supaya kita dijauhkan daripada perkara yang dibimbangi mengenai kita.
Jalan untuk menghindarkan diri daripada sihir dengan al-wiqaayah lebih berkesan. Jangan dekati suatu perkara yang boleh menghindarkan diri daripada sihir, kerana jika sudah terkena, ada kesukaran untuk menghilangkannya.
Semakin lama penyakit tersebut dalam diri manusia, ia semakin susah untuk dirawati

BANGUNAN BARU DARUSSYIFA JASIN

Darussyifa Jasin telah mendapat kelulusan pihak berkenaan bagi membina satu bangunan baru Darussyifa Jasin bertempat di Kampung kelubi Jasin ( bersebelahan dengan Kolej Vokasional jasin) kos dianggarkan sebanyak RM250 ribu diperlukan untuk tujuan tersebut. Proses peringkat awal telah dilaksanakan termasuklah penyediaan tapak,kelulusan Majlis,pelan bangunan,angran kos dan sebagainya.

Pihak kami memerlukan sebanyak RM100 ribu lagi untuk urusan tersebut di mana duit tersebut ada di dalam poket anda untuk kita sama-sama menyumbang bagi merealisasikan cita cita tersebut. Pada ketika ini pihak kami menyewa sebuah kedai di Taman Maju Jasin dan sekiranya bangunan tersebut berjaya dibina,sudah pastilah keadaan yang lebih selesa untuk pesakit dan perawat untuk berada disitu.

kami membuka peluang untuk anda menderma. Hubungi bendahari Darussyifa Jasin sekiranya anda ingin menambah saham akhirat anda.

KURSUS RAWATAN SANTAU DARUSSYIFA' JASIN

Assalamualaikum

Kepada semua perawat Darussyifa' Jasin dan Melaka amnya, kursus rawatan santau untuk ahli-ahli lama akan diadakan di Pusat Rawatan Darussyifa Sungai Rambai Melaka pada 14 dan 15 Mac ini bermula 8.00 pagi hingga keesokkannya. Yuran sebanyak RM50 dikenakan untuk urusan makan minum serta keperluan  kursus. Kursus ini sangat penting untuk memperbaharui teknik rawatan di samping mengingat kembali ilmu rawatan yang pernah dipelajari.

Program akan dipenuhi dengan sesi ceramah,taklimat serta teknik rawatan oleh tenaga pengajar yang tidak asing lagi dari Darussyifa pusat iaitu Ustaz Mokhtar Kasan dan Ust Rashid. Ambillah peluang ini sebaiknya kerana ilmu tersebut boleh digunakan untuk membantu masyarakat keseluruhannya .